Wednesday, April 16, 2014

Review: Jaja dan Din

Judul: Jaja & Din
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni
Ulasan: 
Jaja & Din menceritakan kisah seorang wanita yang meminang seorang lelaki. Lelaki berjaya memikat hatinya hanya dari sekeping gambar. Dia yang duduk bersimpuh di tepi pusara dengan wajah jernih. Jaja wanita metro yang tidak menyangka hatinya sudah diberi pada orang yang tidak diketahui asalnya hanya sekeping gambar. Lalu, sebagai pekerja syarikat iklan, Jaja cari jalan untuk mencari lelaki itu dengan alasan mahu beri duit royalti dari gambar iklannya. Karut! Jatuh cinta hanya pada gambar sampai buat Jaja tak mahu terima huluran kasih orang lain. 3 tahun menunggu.
Separuh cerita, saya sudah hampir tidak yakin Jaja akan bertemu pujaan hatinya. Tapi siapa yang boleh sangka aturan sang Pencipta. Tiba-tiba dia muncul kembali selepas Jaja hampir tiada harapan mahu ketemu. Din, hanya namanya yang Jaja dapat. Semangat Jaja melonjak kembali. Itu bahagian pertama.

Din/ nama sebenar Burhanudin al-Helmi seorang guru agama lulusan Mesir. Tarafnya sebagai guru agama lebih rendah dari Jaja yang bergaji ribuan dari syarikat iklan antarabangsa. Tapi Jaja tak pandang semua itu. Jadi bermulalah rancangan Jaja memikat Din.

Bacaan 2013:
Saya sangat sayangkan Jaja & Din. Terlalu sayang kerana tak sanggup nak melepaskan mereka. Jaja dan Din buat saya ketawa dan menangis sekaligus. Bahasa indah dengan pelbagai cerita disusun menjadi satu. Muhasabah diri. 

"Lain kali, bila dekat waktu solat...jangan Faiza nak curi waktu untuk menggoda orang!"
"Goda? mana ada!" jerit Jaja.
"Lain kali, jangan!"pintas Din~~ kemudian malam itu, Din cerita kisah Atiqah binti Zaid dengan Abdullah anak Abu Bakar as-Siddiq.

Suka cara Din meluahkan cintanya pada Jaja. Tapi ini bukan kisah cinta Jaja & Din saja tau!

"Din jangan lupa nama Faiza Badrul Hisyam dari 70 org yang boleh Din tarik masuk syurga, naa..." 

...and I cried.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks for reading.