Thursday, July 24, 2014

Aku, Dia dan Pinky Promise oleh Anna Lee




Tajuk: Aku, Dia dan Pinky Promise
Penulis: Anna Lee/ +Zuliana Abuas 
Terbitan: Fajar Pakeer
Tahun: Julai 2014 
Tarikh baca: 23/07/2014

Ulasan GR
Saliha 33 tahun. Belum berkahwin. Kerjaya yang tak kemana. Tunang yang asyik menangguhkan perkahwinan. Disimpulkan, hidupnya tak bahagia. Semasa di bukit St. John Melaka,selepas Saliha membuat permintaan di 'wishing well'. Dia tiba-tiba tergelincir dan pengsan. Apabila bangun, dia kembali ke zaman persekolahan tingkatan 5. Kejutan demi kejutan dia alami, ayah yang dirindui masih hidup, Sara yang tiba-tiba jadi budak kecil, kawan-kawan dan kisah cinta monyetnya yang tak pernah dia ingat.

Dengan pemikiran 33 tahun, Saliha berazam agar dapat mengubah dirinya pada masa depan.Maka, bermula misi menukar aliran dari sains ke sastera. Di mana dia bertemu dengan budak samseng kelas hujung, Azri. Penulis membawa kisah zaman persekolahan tahun 1998 dengan pelbagai memori lucu dan penuh warna-warni.

# Saliha bertemu kembali dengan Cikgu Hazam aka abang iparnya masa depan dan berbuat baik dengannya
# konflik rakan sekelas, sehingga membawa pada Azri yang dijadikan 'guardian angel'
# misi menukar kerjaya 'bakal' tunangnya pada masa depan, Daniel.
# # Bertemu dengan Syah Asnan, cinta monyet yang dilupakan (Asnan seseorang yang 'tak handsome' pada masa depan)-sangat kebudak-budakan
# Terlibat dalam konspirasi pecah tabung koperasi sekolah
# ABC bawah pokok Mak Limah yang dirindui sejak Mak Limah berpindah selepas anaknya kemalangan.

Segala-gala kisah lampau yang berkait dengan hidupnya pada tahun 2014.

Tertarik dengan ideanya yang merentas masa untuk memperbetulkan kisah hidupnya. Tapi benarkah Saliha benar-benar merentas masa? Persoalan yang terjawab apabila Saliha bangun dari koma mendapati hidupnya berubah. Hampir sama seperti yang dia harapkan. Namun, Azri kawan/guardian angel/ cinta monyetnya yang berjanji untuk meminangnya 16 tahun kemudian benar-benar hilang dari sejarah hidupnya.

Banyak teknik flashback digunakan. Membongkar satu persatu misteri hidup Saliha yang tak pernah dia ketahui. Kemunculan Ray, pelukis buta yang muncul tiba-tiba persis Azri menambahkan kekeliruan Saliha. Tak mungkin dia curang pada Daniel sedang mereka bakal kahwin 2 bulan lagi.

Kisah ini membawa kita mencari makna hidup, mengimbau kenangan zaman persekolahan yang manis dan mengajarkan erti menghargai insan yang disayangi sebelum mereka 'pergi' (ayah Saliha dan Azri).

Please read ;)
This is super awesomeness.

Coret-coret
Aku pernah cerita pasal karya ini tahun lepas. Akhirnya terbit juga kan. Btw, Anna Lee itu bukan orang Russia dan tak ada kaitan dengan Lee Min Ho/ Bruce Lee. Secara individu ini adalah karya terbaik dari Anna Lee yang pernahku baca. Tau je buku dah terbit, cepat-cepat order dari penerbit , punya nak baca cepat sangat tak kisah pun kalau tak datang dengan souvernir/ autograph. Malangnya kecewa jugak... Buku ini hanya sampai pada tarikh 23 Julai. Servis mereka teruk! Atau mungkin ini konspirasi supaya aku tak dapat awal2 sebab dorang takut aku review tak best. haha, perasan lebih aku ni!

First time order and never again next time.
But then, #mh17 or #Gaza are more devastatingly sad so nevermind.

Sehari sebelumnya, aku join reunion sekolah kecil-kecilan dekat PJ. Jadi mungkin mood itu selari dengan buku ni dan mempengaruhi review aku sikit. Memang sebagai insan dewasa *uhuk2x* memori sekolah bagi aku sesuatu yang sangat jauh...jauh...jauh... (dengan gema sebalik bukit)

Dalam sarung kacang=in a nutshell, aku tak tau gosip, tak ingat individu dalam cerita  pelupa dan tak reti sembang anti-sosial. Total noobs. Mengimbau kenangan bukan titik kekuatanku =not my strong point. Sehinggakan masa sembang2 itu aku boleh terfikir yang masa balik raya ni aku perlu *kategori wajib* buka dan studi balik majalah sekolah.

Kisah ini hampir separuh menceritakan pengalaman sekolah yang lama ditinggalkan. Sesuatu yang kita boleh kaitkan.

Itu sebab aku suka sangat novel ini.

Banyak benda terlintas masa baca contohnya:
# Azri - teringat pasangan schoolmate yang bercinta& kahwin, dan satu lagi Azri dalam Untuk Semua Dosaku. Jadi, Azri itu sudah klise sangat sbg watak cerita macam nama Adam, Roy, Hariz dll
#18 vs 29
# Remember me?/ Sophie Kinsella
# Aku, Dia dan Pinky Promise  jadi drama


--ps: novel pertama habis bulan ramadan ;) Azam xmahu baca novel bulan ni sudah ke laut. wakakaka


Share:

6 comments:

  1. boooo~~ untuk azam.

    Macam best tapi review ni macam spoiler la..dah tahu sedih. Malas arh nak baca.. ingat betul2 balik ke masa lampau.. kalau koma n sedar n macam biasa..lagi perit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :p lantaklah. Hidup ai, ai yang rasa, nak berangan sikit pun xboleh.

      Eh, bacalah...yang ni antara yang terbaik saya baca tahun ini. (tapi kalau memang bukan jenis kaki novel, xboleh nak cakap la...pegang kamera je sudah.)

      Sori, lambat reply, guna talipon susah arr. :) Selamat hari raya!

      Delete
    2. Selamat Hari Raya jugak.. :) Saya pon jarang na blogwalking sekarang. malas dan takde mood. Hmm...

      Delete
    3. hoho~malas memang tak ada ubatnya.

      Delete
  2. Replies
    1. Good! Ada juga orang terpengaruh... kalau sepuluh orang mcm akak. konpem~ laku keras.

      Delete

Thanks for reading.