Tuesday, December 31, 2013

Aku Yang Kau Tinggalkan oleh Alina Haizar



Tajuk: Aku Yang Kau Tinggalkan.
Penulis: Alina Haizar
Tahun: 2011
Terbitan: Kaki Novel
Harga: RM25

Novel ini dibaca sebab terpengaruh baca review orang. Setakat ni ada 21 review untuk novel ni saja. Gila tak 'hot'. Top 2011. WOW! :)Lepas baca, rasa setuju dengan pencapaian dan review-review orang contohnya Gobokairina- AYKT sememangnya 'awesome'. ~759 ms. Tebal tapi tak bosan menyelak.

Nia, miskin dan baru habis belajar ijazah UUM , terpaksa menggantikan adiknya yang lari dengan kekasihnya. Adiknya sepatutnya berkahwin dengan Zaril Ikhwan yang sakit. Adiknya terpilih kerana ciri budak kampung tak berpelajaran tinggi. (Tipikal kahwin paksa lagi...haha) Selepas kemalangan Zaril Ikhwan tidak dapat mengurus diri dan gagal mengawal emosi. Walaupun dulu dia memiliki ciri lelaki sempurna.(kaya, pandai, kacak, sasa...heh)~Nia merawat Zaril sehingga satu hari Zaril sembuh~mertuanya merancang supaya Nia tersingkir dari hidup anaknya. Maka terpisahlah dua insan bercinta.(view spoiler)

Kenapa novel ini tak bosan?
1. Flashback cerita Nia masuk ke dalam hidup Zaril~ Selepas pertemuan semula mereka setelah terpisah, kali ini Zaril normal.-Good sebab saya pun tak suka baca cerita yang mendatar.
2. Watak- hero/heroin yang kurang sempurna sejak awal dan penerimaan kedua-duanya.
3. Monolog Zaril ketika sedang sakit. Nampak sangat tulus kannnn~~oh, comel sangat...dan sangat kasihan~~aduh.Panggil Nia 'Sayang' sejak pertama kali jumpa.~How naive and sweet~~
4. Oh, ya~~gambaran melawat tempat-tempat kat Itali, so vivid. I live another life in this novel.~
5. ~Ada feel cerita Mexico Rosalinda ayamor. Dramatik sangat macam komen Nonieserenitybliss.
6. Kisah untuk watak Nizam & Suzanna
banyak sebab lagi tapi nanti spoil pulak~~ hehe.

Ting-tong point~
1. Lenggok bahasanya sangat mudah. Bukan satu masalah, cuma bila baca~terasa ayatnya boleh distrukturkan lagi jadi lebih indah mungkin.Ayatnya pendek-pendek. (setuju dengan komen kak Norazah).
2. Keluarga Nia, terutamanya adik-beradik Nia~ Saya tak rasa semangat kekeluargaan di situ.
3. Vicky dan Casey. Terlalu ramah (?).~oh well, in fiction, everyone is nice to main character.

(view spoiler)

Bukan dalam bahasa sastera yang indah tapi plotnya tersusun cantik, membuatkan saya terpegun dengan watak-wataknya.

ps: mood baca dekat Tanah Tinggi Cameron. hehe. Bolehlah dari tak dapat kat Itali. Sejuk jugak apa? Kelasssss~~~

pss: thanks sebab melobi novel ini pada saya~~
______________

The first copy I read was borrowed from the library. Soon, I bought my own copy from secondhand bookstore in Penang.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks for reading.