Showing posts with label Jemari Seni. Show all posts
Showing posts with label Jemari Seni. Show all posts

Friday, July 4, 2014

Review: Tic Tac Toe


Judul: Tic Tac Toe
Penulis: Jill Naura
Penerbit: Jemari Seni
Muka Surat: 362 ms

Ulasan:
Saya suka pada karyanya yang sebelum ini, Gadis Bertudung Merah. Kemudian saya harapkan, saya akan suka pada cerita Tic Tac Toe ini juga. Sayang, cerita Gadis Bertudung Merah saya dapat rasakan perbezaan yang sangat ketara dengan Tic Tac Toe. Kecewa tu tidaklah tapi saya harapkan sesuatu yang lebih baik memandangkan ini novel kedua Jill Naura dengan Jemari Seni.

Ps: Kek 7 jenis beri itu sesuatu yang sangat bijak.(mungkin juga sebelum ini saya tak pernah dengar joke ini...haha. sooo naive) :) Who would thought blackberry could be the 7th 'lucky' berry?
Share:

Friday, June 27, 2014

Review: Vice Versa/ Ednin





Judul: Vice Versa
Penulis: Ednin
Tahun terbit: Jun 2014
Penerbit: Jemari Seni

Uzair kehilangan adiknya dalam kemalangan motosikal yang dibawa teman baiknya, Ezzaq 10 tahun lalu. Sejak itu dia membenci Ezzaq dan berubah menjadi lelaki dingin. Segalanya tentang Ezzaq dia benci. Walaupun keluarganya sudah memaaafkan perbuatan Ezzaq, Uzair masih menyimpan kemarahannya sendirian.

Sewaktu pulang ke kampung, Uzair dan Aki(teman sekampung) bertembung dengan Ezzah, adik Ezzaq. Ezzah tidak tahu kisah kemalangan Hazirah. Dia pelik apabila Uzair selalu mengelak dan bersikap negatif setiap kali dia cuba berbuat baik/menegur Uzair. Berang dengan sikap Ezzaq yang dengan beraninya menengking Ezzah sewaktu kenduri, Ezzah bertindak mengenakan Uzair dengan telur. Sangkanya Uzair akan meneruskan 'misi perang' mereka. Tapi sebaliknya berlaku, Uzair menghantar rombongan merisiknya. Terkejut dengan tindakan itu Ezzah berhadapan dengan Uzair. Walaupun sikap Uzair yang dingin meragukannya namun Ezzah tetap menerima pinangan Ezzaq.

Uzair masih bersikap endah-tak endah terhadap pertunangan mereka dan seringkali tidak peduli pada Ezzah, sangkanya perbuatannya itu dapat membalas dendamnya dahulu. Tapi sikap proaktif Ezzah untuk bertemu dengan Uzair dia bercuti dari kapal menemukannya dengan motif Uzair yang sebenarnya. Dendam. Ezzah tenang menerima cabaran Uzair.

Jika Uzair rasakan perkahwinan mereka suatu dendam, Ezzah juga akan melakukan yang sama. Dia takkan lemah. Vice versa, katanya. Lalu mereka berkahwin dan Ezzah sedaya upaya melaksanakan misi 'dendam'nya juga.

-----------

Komen:
Jika ini sebuah cerita tentang dendam dan kemaafan, tema itu agak kabur pada saya dan agak hambar. Jujurnya saya suka naskhah ini pun, saya tak tahu kenapa. Kemarahan Uzair pada Ezzaq dan keluarganya tak terlalu dramatik, 10 tahun itu sudah lama dan kebanyakan orang sudah berjaya mengubat hati yang luka. Mungkin sebab itu tiada yang terlalu dramatik pada perbuatan Uzair. Dia tidak selalu marah-marah (selepas kahwin) cuma dingin saja dengan Ezzah. Atau mungkin kerana saya sukakan penulisnya kerana rasanya komen ini yang agak negatif untuk 4*.
Kisah basikal,Langkawi, kapal di Tokyo etc. itu ada manisnya sendiri.

Saya akan tunggu kisah Along - sebab ada 'hint' ...
____
Sambungan tak berkaitan: Jika membandingkan karya ini dengan 'Si Hoodies Pink', rasanya si Hoodies pink itu lebih menarik. Pada saya dendam itu perlu lebih 'dark' lagi, buku terlalu banyak pelangi ;) . Saya tak dapat selami jiwa Uzair dengan jelas. Kebencian itu tidak segelap yang saya bayangkan.


Tahniah untuk novel bercetak pertama.
Share:

Thursday, June 5, 2014

Review: One Fine Day/ RodieR

One Fine Day/ RodieR
the book on my lap, sitting in car back from Penang! bwahaha--I like the green cover match with my Kurung


Author: RodieR [Rodhiah Rahman]
Publisher: JStory, Jemari Seni Sdn Bhd
ISBN: 978-967-0508-60-3
Price: SEM: RM24.00 Sabah/Sarawak: RM27.00.

One fine day,
I lost my way,
 I stumbled and fell,
To place where it seem bottomless,
 A place where pain seemed to have no cure...

One fine day,
You saw me,
As I stared into nothingness,
And what felt like emptiness,
Slowly filled up again,
As you showed me the way,
Back where I should be,
And one fine day, 
We became friends...

But, one fine day,
My heart broke,
But I was stronger,
For you thought me what happiness means,
Sorry not, my dear,
Through my tears,
I'll find my joy again...

One fine day,
We started as friends, 
Dare I hope, 
We end as friends too?
Because one fine day,
I found you,
And that was the day,
I found my way again,
Thanks to you,
And I really don't want to lose you...

Some roads are meant to be untraveled, Aryan. - Zahra Alias,p. 268.


The first debut of English novel from RodieR has all elements of lost, love, friendship and family value. Simple touch on Islamic version of love between two couples met in foreign land, Australia, at beautiful summer garden in one fine day. Clashes of two different nationalities, Malaysian lady, Zahra Alias and Pakistani handsome lad, Aryan Yusof Khan. 

This love story started with the incident where Zahra lost both of her parents in car crash back in Malaysia on their way to pick her  from holiday after graduation day. Taken back by the lost, Zahra couldn't let go her grief after months and migrated to Australia with her only close family left-her brother, Adam and his wife, Nurin.

Treasury Garden, Melbourne. cr to google.

It was summer, she went to Treasury Garden almost everyday sitting on bench for hours staring a static three until evening. That's where Aryan comes into her life- pulled by instinctive force and motivate her to live her life. She gave him the unique impression from the day he saw wearing her sad face in pink, wool, long coat.

Other interesting characters include Aryan's younger sister, Regina Yusof Khan who accompanied their journey to all interesting places in Australia. The writer does a very good job describing places that unknown to foreigners. Protective brother, Adam and supportive sister-in-law, Nurin took a big part in the second-half of the storyline. Ismail Yusof Khan, though his appearance only in the last chapter and the appearance woman named Maryam, later dicovered quite shockingly (not quite as we could've guess).

Plus point, this story able to represent the kind relationship of two strangers in sense of man and woman, based on her belief as Muslim. Regarding the pathway to regain back Zahra's spirit to life, she also mentioning a small verse from the Holy Quran to remind us, readers. 

One Fine Day includes a twist that makes this two couples doesn't belong to each other anymore. Aryan was insisted back by his father, Ismail Yusof Khan to marry a girl known as close friend. Zahra let Aryan go, unconditionally for the sake of being loyal to family. Just like that Aryan disappear from Zahra's life. Holding secret plan-It breaks my heart that time. After just regaining her strength to live and ready to accept Aryan in her life. 

This story doesn't involve hateful antagonist. It's a story that let we learn about life, acceptance and being rational in Allah's plans but in the sense we also need to take effort towards it.

Will their fate meet again?
What is the secret story after Aryan disappearance?
Can they gain blessing from the two families?
____
ps: becoz of Aryan and kak Hamidah review, I keep recalling the movies Mujse Dosti Karoge! and Kal Ho Na Ho feel gitu haha ;)


The English can be improved but the message is clear and simple enough to be understand by a mere reader, like me.It kept bugging (if this the correct word) me that the writer insist on mentioning Muslim-kind of person all the way in the beginning. I know its good ~I just felt it could be rephrase without  forcing the intention. Being a Muslim for me, is a normal thing, of course for the writer too...Somewhat, it felt that she is forced by obligation to make readers from different background to have the same understanding. This makes me feel the sentences quite awkward at first and the story keep on going; then it get better in the middle until they happily married. Truth is when there's family bond involve, my heart melts. More cheerful characters can create more lively surrounding.

xoxo
Soleh
Share:

Thursday, April 24, 2014

Review: Langit Tetap Biru/ Syud [ Original from Damai]





Tajuk: Langit tetap...biru. (Ori: Damai)
Karya oleh Syud.
Terbitan: Jemari Seni.

Sinopsis:
Ingat-ingat lupa bagaimana sinopsisnya. Beginilah~

Zahra ada pendam perasaan pada seorang budak lelaki nama Fikri satu kolej dengannya. Suka tapi tak sampai tahap obses yang menangis cuma kadangkala Zahra suka pandang wajah budak ni. Sayang, budak tu dah pun ada kekasih hati.Yang juga kawan kepada kawan baiknya (kawan atas kawan lah gitu@kenalan perempuan). Soalnya kenalan perempuan itu pun bukanlah baik sangat. Dia pun kayu-tigakan si Fikri yang baik hati ni. Zahra geram sebab Fikri tak sepatutnya suka pada kenalannya tu. Zahra nak beritahu pada Fikri ketidakadilan yang berlaku, tapi siapalah Fikri itu pada dia. Yang penting Fikri tu tak kenal pun dia siapa.

Kisahnya, sebab tak puas hati Zahra pun tulis satu cerpen dan letak di forum (tak ingat), cerita seorang lelaki yang kena tinggal dengan kekasihnya sebab perempuan itu nak bersama dengan orang lain dan bagi alasan lelaki itu terlalu baik untuk dia. Tapi cerita Zahra tergantung sampai situ saja. Zahra dah tiada idea. Tajuknya cerpen tu 'Langit tetap...biru'. Menariknya nama watak lelaki Zahra karang, sebijik nama penuh Fikri. ~

Satu hari Fikri tu putus dengan kenalan perempuan ni. Zahra jadi cuak sebab tulisannya jadi kenyataan. Zahra jadi tertanya-tanya adakah si Fikri ni dapat tahu tentang cerpennya tu?
~~

Masa berlalu bertahun, masing-masing dah kerja, kisah cerpen itu tertutup begitu saja. Suatu hari si Fikri ni boring Google nama sendiri dan terjumpa cerpen Zahra (kot) dan dia pun emel Zahra tentang pengakhiran cerita itu. Sebab dia pun nak tahu (curious). Lagi satu dia nak kenal dengan penulis yang mungkin dia pernah jumpa. Sebab, nama watak tu sama dengan nama dia.

Si Zahra pulak terkedu. Waktu itu Zahra dah lupa langsung. Mula-mula dia panik, sebab takut Fikri ni kenal dia. Tapi akhirnya dia balas juga emel Fikri tu. Apa yang Zahra balas? Kena baca.
~

Selepas itu Fikri dan Zahra terserempak beberapa kali, ada reunion, kenduri kahwin dan macam-macam lagi. Dan di situlah jodoh mereka ni bertaut kembali. Ceritanya panjang lagi. Walaupun tak sepanjang sebuah novel 400ms. Tetap banyak kisah yang nak diceritakan.
~

Komen (spoiler alert):
Apa yang menarik?
1. Suka dengan adegan Google nama sendiri. Siapa pernah buat? hihi...Jangan tipu.
2. Ringkas dan tak perlu banyak fikir.
3. Zahra ada blog sendiri, tapi isinya banyak gambar saja. Yang kemudianya jadi modal Fikri untuk kenal Zahra. Sure, bab kek harijadi tu sangat wahhh~~pengsan.
4. Adegan masa barbeque dan kes Zahra yang hampir accident sebab panik.
5. Cerita Syud yang tak sampai habis. Cuma dihujung pejabat pos tapi rasa segala-galanya sudah lengkap.
6. Tak perlu nak pegang-pegang tangan untuk tulis cerita kisah cinta. Drama pun tak perlu. Tiada watak antagonis yang membencikan.

Still, I felt that everytime I read her I've become a hopeless romantic and light-hearted. Hilang stress.

ps: hanya cerita ini yang saya baca dalam kompilasi Damai. hehe~
ps2: Tahun lepas masa saya baca cerita ni, saya ada whatsapps kawan saya nama Sumaiyah. Tak tahulah dia ada cari atau tidak. Really excited that time. :)) Hope you're already read it.

Share:

Wednesday, April 16, 2014

Review: Jaja dan Din

Judul: Jaja & Din
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni
Ulasan: 
Jaja & Din menceritakan kisah seorang wanita yang meminang seorang lelaki. Lelaki berjaya memikat hatinya hanya dari sekeping gambar. Dia yang duduk bersimpuh di tepi pusara dengan wajah jernih. Jaja wanita metro yang tidak menyangka hatinya sudah diberi pada orang yang tidak diketahui asalnya hanya sekeping gambar. Lalu, sebagai pekerja syarikat iklan, Jaja cari jalan untuk mencari lelaki itu dengan alasan mahu beri duit royalti dari gambar iklannya. Karut! Jatuh cinta hanya pada gambar sampai buat Jaja tak mahu terima huluran kasih orang lain. 3 tahun menunggu.
Separuh cerita, saya sudah hampir tidak yakin Jaja akan bertemu pujaan hatinya. Tapi siapa yang boleh sangka aturan sang Pencipta. Tiba-tiba dia muncul kembali selepas Jaja hampir tiada harapan mahu ketemu. Din, hanya namanya yang Jaja dapat. Semangat Jaja melonjak kembali. Itu bahagian pertama.

Din/ nama sebenar Burhanudin al-Helmi seorang guru agama lulusan Mesir. Tarafnya sebagai guru agama lebih rendah dari Jaja yang bergaji ribuan dari syarikat iklan antarabangsa. Tapi Jaja tak pandang semua itu. Jadi bermulalah rancangan Jaja memikat Din.

Bacaan 2013:
Saya sangat sayangkan Jaja & Din. Terlalu sayang kerana tak sanggup nak melepaskan mereka. Jaja dan Din buat saya ketawa dan menangis sekaligus. Bahasa indah dengan pelbagai cerita disusun menjadi satu. Muhasabah diri. 

"Lain kali, bila dekat waktu solat...jangan Faiza nak curi waktu untuk menggoda orang!"
"Goda? mana ada!" jerit Jaja.
"Lain kali, jangan!"pintas Din~~ kemudian malam itu, Din cerita kisah Atiqah binti Zaid dengan Abdullah anak Abu Bakar as-Siddiq.

Suka cara Din meluahkan cintanya pada Jaja. Tapi ini bukan kisah cinta Jaja & Din saja tau!

"Din jangan lupa nama Faiza Badrul Hisyam dari 70 org yang boleh Din tarik masuk syurga, naa..." 

...and I cried.
Share:

Monday, January 6, 2014

Impikan Mentari




Undoubtedly 5 stars.

Selepas SBB yang baru dibaca malam kelmarin, I find my reason why I like JS publication again. :))
Semuanya sungguh mencengkam emosi saya. Membaca Impikan Mentari dan Warna Hati Nurul mempunyai perasaan yang berbeza seperti kedua-duanya ditulis penulis yang berlainan. Entahlah. Cuma perasaan saja ye. Apa pun tahniah untuk kak Shahzy. Novel ini benar-benar meruntun hati 'remaja' saya. eCeh. :)

Sinopsis JS untuk IM memang akan buat sy turn-off untuk baca cerita ini. I dislike sad drama. Suprisingly, I gave highest stars for this. Kena baca ni. hehe

~~Saya suka permulaan cerita, sewaktu Zati ternampak kecurangan tunangannya sendiri. Plotnya dikembang sangat kemas bagaimana Zati berdepan dengan masalah adiknya dan akhirnya penyakitnya. Dia sangat berani dan kental. Tiba-tiba teringat kisah almarhumah Fauziah yang heboh pada tahun lepas. Mungkin inilah yang dirasai keluarga mereka kala itu.

Malah perlakuan watak-wataknya juga serasi dengan jalan cerita. Sempurna. Tak perlu nak kata apa-apa lagi.

Above all, I like the family bonding among the characters.

Love,
Iloveloaf.
Share:

Wednesday, December 25, 2013

Nyanyian Hati oleh Rodier



Tajuk: Nyanyian Hati
Penulis: Rodier
Terbitan: Jemari Seni
Harga: RM21.00
Tarikh baca: 25 Desember 2013

Sebelum tu nak cakap, buku ini ada melodi~sama macam tajuknya Nyanyian Hati. Dua, menuju ke akhir~ terasa buku ini sangatlah puitis. The storyline gets better towards ending.

Macam baca kat preview, hero ada dua~~ Danny dan Iskandar. Both are lovable. To me. :)
[
Part 1: Perkenalan Danny (Adam Danial) dengan Ainul Mardhiah melalui gambar, membuat dia jatuh cinta pandang pertama. Terus bila si abang gadis menyuarakan hasratnya pada Ain sendiri. Langkahnya menjadi semakin mudah. Cinta mereka mekar dengan cara tersendiri. Yang pastinya tak seperti cinta anak muda sekarang yang bertemu sesuka hati. Pertemuan Ain dengan teman-teman Danny yang dianggap seperti keluarga sendiri (Danny hidup sebatang kara). Iskandar@Ken mulai menyimpan rasa pada Ain, kekasih teman baiknya sendiri. Danny jadi sangsi~bermulalah segala drama sahabat di sini. Sehingga masanya Danny pergi meninggalkan pesanan yang berat untuk Iskandar lakukan.
Part 2: Sesi menerima kenyataan pemergian Danny dan merawat luka hati Ain dan Iskandar. Drama lepas kahwin, the part where Iskandar jadi hopeless romantic. Sehingga pada hari anniversary pertama mereka, wasiat Danny pada Iskandar terbongkar.Ops, ini memang spoiler sungguh. Sorry. (hide spoiler)]


Why did I love this?
-Mesej tentang kehidupan dan kematian yang jelas. (Sungguh! Sampai nangis tak hengat~~). Bahagia yang datang tiba-tiba direnggut tanpa amaran. This is so~~ real.
- Life goes on. After losing your love one, life goes on. Stay strong. Ok?
-Apa yang manis/sweet? Of coz lah Mr Kenji I ni... haha. Bila dah sah (eh, spoil ke? sori) Ken jadi seorang yang sangat memahami dan bertanggungjawab.
-Walaupun hero ada dua, RodieR tak berat sebelah. Masa Danny ada, susuk Iskandar seperti tak nampak. Jadi hampir tak boleh kesan kepentingan Iskandar.

Cuma...
-ms 34-38, confusing. Sangat terganggu, baca ulang. Tapi tak nampak motifnya di situ. Care to explain?
-Stail menulis, masih ada ruang penambahbaikkan. Kalau ada yg kata penulisannya spt H. Sorry, tapi RodieR have his/her own style(?). Yang nampak kalut sikit. Tang mana eh, macam POV 1, berubah-ubah. Kemudian nampak POV 3rd (penulis sendiri).(eceh, pandai jela CikSoleh komen.)
-tak suka part tazkirah emel (jahat tak? mende2 baik ni, memang susah nak masuk. hahaha)

Tapi, novel ini masih terbaik bagi saya. Cubalah baca.
(Oh, lupa nak cerita. Mungkin sebab saya suka puisi,muzik dan cerita cinta lepas nikah. Novel ini diberi rating tinggi. Bias la sikit :p )

ps: menghabiskan pada pukul 3 pagi. Kendian, Ken cakap sambil peluk pinggang,"Sleep, Red. I'm unavoidably sleepy, thats all. Sleep" ms422 hahaha
Kbai. :p


 25/07/2014- Novel ini yang pertama aku baca dari Rodier, rasanya aku beli masa PBAKL 2013. Lokasi baca Pejabat DoM Solutions, Shah Alam . Biasa lepak-lepak situ sampai tengah malam menunggu orang. Selak-selak sampailah pukul 3 pagi. Esoknya cuti Krismas dan aku tak balik kampung sebab cuti cuma sehari.
Share:

Saturday, December 21, 2013

Review: Gadisku Wan Adnin

Judul: Gadisku Wan Adnin
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: JS Adiwarna

Ulasan:
Salam,
GWA~ Sangat menarik untuk dibaca. Saya sangat mengesyorkan novel 300+ mukasurat ini untuk semua remaja di luar sana. (ibu bapa pun boleh juga)

Sinopsis:
Adnin seorang gadis muda yang hidupnya seputar keluarga, kawasan rumah dan kerja menekat benang emas pada songket dan kraftangan lain. Walaupun ada ijazah dari Universiti Sains Malaysia, hasrat Adnin untuk bekerja di luar ditegah Wan Suhaidah, nenek kandungnya dari sebelah ayah kerana takut Adnin akan menjadi liar dan meninggalkannya seperti anaknya yang lain. Walaupun masih mempunyai ibu dan bapa~hidupnya seperti anak yatim, oleh itu dia dijaga rapi oleh neneknya.

Kisahnya bermula daripada panggilan seorang lelaki dari zaman universiti yang tidak dikenali (Akhtar), walaupun ramai jejaka sudah masuk merisik, semuanya Wan Suhaidah tolak kerana pelbagai alasan~ pangkat, keturunan, tempat tinggal jauh dsb. Adnin pula lebih senang mengikut kata Wan Suhaidah kerana sayang pada neneknya itu.

Permulaannya Adnin tidak senang pada tindakan Akhtar yang semberono menelefon neneknya dan membuat namanya busuk di depan neneknya. Lama-kelamaan dia jadi senang dan jatuh suka pada budi bahasa dan sifat Akhtar yang menyenangkan hati. Namun terlambat, apabila neneknya sudahpun menolak awal-awal pinangan Akhtar.Wan Suhaidah menjodohkan Adnin dengan jejaka yang sempurna pada matanya. Lalu Adnin hampir berkahwin dan cintanya pada Akhtar hampir lenyap begitu sahaja. Berlaku insiden yang menukar pandangan hidup nenek Adnin 360 darjah.

Pengakhirannya, sudah tentulah bahagia untuk mereka berdua. Kelakar bila nenek Adnin merancang untuk menyatukan kembali Adnin dan Akhtar tapi masih mahu menjaga air mukanya sendiri. :)


Saya tersengih lebar pada pantun yang Akhtar karang untuk Adnin, (sangat bersungguh-sungguh cubaan Akhtar mencuri hati gadis pingitan ni). Lagipula, dia mengungkapkannya pada Adnin nun di seberang jalan.

Benang perak, benang baldu,
Mari menekat atas paya;
Pandang awak, hati rindu.
Mari dekat pandang saya

Walaupun novel ini latar masanya zaman moden, entah kenapa saya rasa membacanya dalam mod filem hitam putih. Lalu ada latar bunyi filem 60-an P. Ramlee. Kadang-kadang saya rasa mengantuk juga~lebih-lebih lagi pada sikap pasrah Adnin, sewaktu Adnin selongkar bilik dan baca surat lama, dan pada kisah sejarah Terusan Wan Mat Saman tu. Tapi penulis Noor Suraya ternyata tak menghampakan pada titik yang terakhir. Puas hati rasanya menghabiskan naskhah ini.

Kesan novel ini pada saya, tiba-tiba saya jadi 'alert' pada mod 'gadis sopan'. Duduk menyimpuh, cakap berlapik, jadi patuh pada orang tua, jadi suka pada sejarah etc. (ha ha :) pelik)
Manis? Ya. Comel? Tak kot~~ Kerana Adnin sangat matang walaupun masih muda.
Tiada rasa benci pada sikap mengongkong Wan Suhaidah.

Masih adakah gadis yang patuh 100% kehendak orang tua di luar sana? Asyik-asyik kita dengar kes remaja lari rumah sebab cinta. Segala hal cinta pasti ada yang upload di Youtube, Facebook dsb. Hilang sungguh sifat malu~~seperti tak terdidik dengan adab sopan. (Nak kata saya baik tu, tidaklah. Tapi sekurang-kurangnya saya takkan dan tak pernah buat sebegitu. InsyaAllah.)

Harus baca ya!

ps: Review ini macam skema. Tak tahu kenapa. ;)
Share:

Tuesday, November 12, 2013

Review Seikat Kembang Merah: Hidup seorang pemabuk

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim

Sori dear, semoga sihat-sihat selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah. Aku segan sebab kamu selalu beri input yang beredar sekitar hidupmu tapi aku jarang berkongsi ilmu yang boleh dipraktikkan sangat. Dunia aku cuma buku, buku, buku, internet, kampung ~so, not much going on. Tapi...mungkin kalau kamu ada masa, aku nak kongsi tentang satu buku yang dibaca beberapa bulan lepas.


Kembang=bunga (dari definisi kamus Jawa yang aku selalu dengar)

Kata puitis diambil dari buku ini,
Seberkas hidup kita bahagi dua; seikat untuk cita-citamu dan seikat lagi untuk mimpiku....dan cita-citamu dan mimpiku kita ikat semua dalam berkas yang sama. 

Gary bukan nama sebenar,asal dari perkataan gari belenggu besi yang polis guna untuk pesalah undang-undan atau nama sebenar Hail Amir bin Pee Ramlee. Senyum lebar. Mungkin ini nama watak novel yang diharap untuk nampak logik. Lelaki awal 30-an. Jalan ceritanya tak cliche, kenapa? Sebab akhirnya hero/Gary/Amir  tak akan kahwin dengan cinta hati yang dipuja-pujanya.

Tajuk: Seikat Kembang Merah/ Imaen
Publisher: Jemari Seni

Pernah dengar cerita tentang seorang pemabuk yang diberi hidayah kerana menjaga nama Allah? Kisahnya popular, rasanya  mungkin boleh dibaca di mana-mana. Beliau walaupun seorang pemabuk, kerana satu kebaikan kecil menjaga cebisan kertas dengan nama Allah, darjatnya diangkat menjadi mulia. Maaf aku cuma mampu Google namanya, nanti bila ketemu dengan buku kisahnya aku kongsikan. Kisah Bisyir bin Harits di lorong gelap dalam keadaan mabuk, mengutip cebisan kertas dengan kalimah "bismillahirrahmanirrahim", lalu dibersihkan dan disimpan dengan wangi-wangian. Sejak itu dia bermimpi dan hidupnya dipimpin oleh Allah sehingga dia menjadi wali. Kisah seorang wali  menjadi inspirasi Imaen menulis Seikat Kembang Merah, katanya.

Berbalik pada buku Seikat Kembang Merah, permulaan kisahnya hampir menyerupai kisah wali Allah Bisyir bin Harits. Cuma watak lelaki ini, cuma fiksyen, yang mendapat hidayah dengan menjaga kertas yang dipijak-pijak di lantai surau semasa dia singgah untuk qada hajat. Lalu, beberapa ketika selepas itu dia bertemu seorang gadis alim, Nur Tahani dan jatuh hati pada gadis solehah itu. Kejahilannya membawa pada pelbagai rancangan untuk memikat si gadis. Dari pencurian terancang di farmasi sehingga ilmu hitam. Titik pertemuan dengan gadis itu, dia bertemu dengan pelbagai insiden yang menjadi titik-tolak dia menjadi baik semula. Pelik kan? Hidup ini teratur bila kita mula dekat dengan Tuhan...

Amir (namanya di dalam buku ini ditukar kepada Gary) -kerjanya penyeludup kecil-kecilan. Sambil berniaga kedai dobi berdekatan kedai farmasi gadis itu. Dia pemabuk tapi bukan kaki perempuan kerana dia ada seorang awek cun nama Nina. Bekas pelajar sekolah agama, lulusan universiti dengan rekod jenayah pencuri kasut masjid dan dalam buangan keluarga. Bukan ciri watak klise.

Itu bukan satu-satunya sebab aku suka dengan buku ini, Imaen kalau menulis memang penuh humor, ringan tapi mantap dengan pelbagai ilmu terselit. Buku ini,sedikit cinta, sedikit aksi dan sedikit motivasi. Awalnya aku ingat namanya hanya Amir. Kelakarnya tengah-tengah baru aku faham kenapa namanya dijenakakan oleh semua watak. Nama sebenarnya Hail Amir rupanya.Lampi~ dah separuh baca baru faham. Pengakhirannya adalah sesuatu yang aku langsung tak jangka. Bukan dalam imaginasiku~ya, sangat realistik . Sebab hampir keseluruhan cerita tentang Nur itu dengan Gary.

Kisah Gary rela  dipenjara kerana tidak mahu berkahwin dengan Nina juga persis kisah ulama terdahulu yang rela dipenjara kerana tak mahu ikut telunjuk pemerintah.

Mungkin kamu perlu bersedia minda, sebab Imaen menulis kadangkala dalam nada sinis ringan~tentang situasi politik, sosial, ekonomi (sebab beliau juga dari latar ekonomi UM) semasa. Kadangkala seperti tergigit cili pun ada. Lagi2 kita lepasan 'universiti yang semuanya bumiputera'.

Dear~kamu suka dengan FT, jadi aku rasa Imaen mungkin orang sesuai untuk pengganti karya FT. FT menulis dalam bahasa  sastera, begitu juga Imaen. Cuma gayanya mungkin berbeza dari segi nada, mungkin? Yang pasti terhibur membaca buku ini. Usai membaca buku ini,aku terus menerjah blognya dan membaca sehingga entri pertamanya. Untuk aku, ianya 'refreshing~'
_____________________________

Situasi yang pernah kita lalui. Singgah di surau/ masjid untuk solat atau mungkin hanya untuk kencing saja. Adakah masjid tempat qada hajat saja? Bukan untuk dimakmurkan dengan mukmin/ah. Apabila jumpa kertas ayat-ayat Quran atas lantai, adakah kita tergerak mengambilnya dengan wudhuk dan meletakkan ia dalam kotak dengan wangian. Atau, mungkin lepaskan saja tugas itu pada orang lain sebab kita tiada masa.

Cubalah lepas ini kalau singgah di masjid, cubalah buat solat sunat dua rakaat baru keluar. Bukan sekadar melepas hajat.

Anehnya kita sering membandingkan 'Islam'nya negara lain, sedang negara ini kurang nampak 'nur' nya. Tapi alangkah bagusnya kalau kita mulakan dari diri sendiri (termasuk saya yang bercakap.Saya malu dengan diri saya~) Masyarakat kita bukan tiada orang yang baik sebegini, tapi yang baik itu kurang jelas di mata umum, mungkin kerana kita sering menuding jari dan menghakimi orang jahil seperti Gary.

END
Share: