Showing posts with label Faisal Tehrani. Show all posts
Showing posts with label Faisal Tehrani. Show all posts

Wednesday, April 30, 2014

Review: Bagaimana Anyss Naik ke Langit


Tajuk: Bagaimana Anyss Naik ke Langit?
Penulis: Faisal tehrani
Terbitan:
Harga: RM18

GR Review
Blurb belakang buku
5 bintang untuk tema yang membuka mata saya.
Ayat pertama: Beberapa hari sebelum dia bergelut setelah diasak dan disergah Ping, semuanya berbeza.
Ayat terakhir: Demikian caranya Anyss naik ke langit berkumpul bersama mereka.

Siapa Anyss?
- Anyss? Prof Anyss yang kontroversi itu? Ada beberapa buku prof diharamkan bukan?
- Saya tidak kontroversi. Yang kontroversi ialah isunya. Saya cuma tukang bawa.


Fav quote:
- ...cinta adalah sumber segala. malah sumber kekuatan sesuatu kehidupan. Kebencian, kebencian dan dendam hanya akan memanah cinta sehingga rata.

- Prof Anyss tahu dia sedang menentang kuasa kapitalis setan yang besar, yang agam dan meraksasa sekian lama. Dia tahu, dia mungkin akan terkorban di hujung; tetapi dia mahu melawan

- mengapa orang kita rasa menolong Palestina lebih bersyurga kalau Penan di halaman sendiri diperlakukan sebagai mangsa?


Ini cerita [Prof] Anyss sebelum dia mati dibunuh [imbas kembali]. Cerita 'bagaimana Anyss naik ke langit'. Wanita ini memperjuangkan nasib Ratu Sago (wanita Penan) yang diperkosa pembalak dan masyarakat Asli Sarawak yang dirampas hak mereka dan pembalakan hutan di Sarawak.
------

***Buku ini agak 'offensive' jika anda penyokong parti politik tertentu. Juga agak 'kejam' kerana beberapa babak perkosa oleh pembalak dinyatakan penulis [sebab watak Anyss ini pembela mangsa]. Tak sanggup rasanya membaca. Mujur 112 ms saja.

Habis membaca saya terfikir. 'Is this real issue' kemudian 'what did I do'; 'what can I do'. Kemudian saya cuma tutup buku.

 _____
   
Penutup ulasan:
Saya rasa ulasan diatas sebenarnya bukan ulasan. Sebab 
1. Saya rasa takut , takut-takut meluahkan apa yang terlintas pada hati kecil saya dan takut pada situasi yang nyata merobek nilai kemanusiaan terutamanya pada wanita. Chop! Ini bukan feminis tau.
2. Faisal Tehrani penulis yang saya gemari kerana keberaniannya menentang arus. Khuatir juga saya bias dalam memberi ulasan. Abaikan cerita kontroversi beliau. Saya tetap akan terus baca karyanya.
3. Politik?
4. Label?

Buku ini kalau dilihat pada sisi lain, (saya duduk dalam diri lain konon-kononnya) wajar diberi kurang bintang. Ceritanya terlalu ekstrem dari kaca mata Anyss dan kesinambungannya tergantung.[ Mungkin kerana kisah Orang Asli Penan itu sendiri 'senyap' atau 'disenyapkan' tiba-tiba.]

Tapi sebenarnya, kekaguman terhadap penulisan yang benar-benar realistik itu membuatkan ia jadi hebat. Pendapat anda mungkin berbeza.

~~dan terfikir tak ironinya buku ini terbit selepas Taib Mahmud bersara jadi ketua menteri? Ish.Ish.Ish. 

Tak perlu kata apa-apa. Ini buku paling kontroversi saya baca tahun ini. :))


Share:

Friday, February 7, 2014

Review Sebongkah Batu Di Kuala Berang

3 words
Informative, sinical, irresistable.

Kalau memang ada bajet RM700 ribu buat satu dokumentari islamik tentang Sebongkah Batu di Kuala Berang, agaknya berjayakah ianya dilakukan? Novel ini bolehlah nak kata novel sejarah. Sejarah tentang teori kedatangan Islam di Tanah Melayu bertitik tolak dari sebongkah batu bersurat yang kita belajar dalam buku sejarah PMR. Banyak fakta yang dirujuk dan setiap teori itu diulas dalam bentuk argument. Sadly, everything is new to me. So I didn't know which is true or which part wholly fabricated to support Syiah idealism. As 'they' quoted in media.Walaupun penjelasannya jelas, tetap aku tak boleh justifikasikan dengan jelas semasa membaca tang mana yang mempromosikan syiah tu? Tiada satu ayat pun yang menggalak pada syiah (yang aku faham). Salah sila betulkan.

Kalau yang namanya sejarah pasti ada bias di mana-mana. Setiap bacaan perlu ada persoalan dan aku rasa perlu baca lebih banyak untuk memahami karya FT ini. Terutamanya teori kedatangan Islam.  Ada cerita tentang Wali Songo. Oh, aku dah boleh hafal senarai gelaran wali-wali songo itu tau! Tak penting pun untuk aku yang baru nak belajar sejarah Islam ni, kiranya satu pencapaian yang baik dan boleh dapat C+ kalau ambil subjek sejarah Islam nanti.


Nota kaki-tangan
1. Buku ini diharamkan penjualannya oleh JAKIM pada tahun 2011. (Eleh, senang je dapat! haha, lepas lama jugak mencari di kedai. Thanks GR friend, kak Rynn )Penjelasan kenapa buku ini diharamkan lama dulu oleh blogger suarajaga. (dan tak tahu betul ke tidak kan?)
Share: