Showing posts with label book. Show all posts
Showing posts with label book. Show all posts

Friday, September 6, 2019

Monday, March 31, 2014

Review: Penelope (Fairweather's Sisters, #1)


Penelope (Fairweather's Sisters, #1) / Anya Wylde
Kindle Edition, 302 pages
Date: Jan 2013
Star(s): 4.5/5

My Review
I totally excited that I read this book. Originally it was recommended by Ririn. Thanks abundance for her recommendation. I would definitely say this is the first historical book that I would totally love and read again.

Penelope [Penelope Winifred Rose Spebbington Fairweather] comes to London to wed to some good man, thus her search begin with support from Blackthorne family, namely the dowager and her daughter, Lady Anne . Unknowing that her journey contains full of mishaps and troubles follow her everywhere became the source of my laugh for this book, its hilarious man!. Finding a husband was not as easy as she thought. Her father (Thomas Fairweather) married for second time and she had 5 younger stepsister which she love dearly except the fact her stepmother (Gertrude) despises her and tried to marry her to some hateful-country-rich man. 

Duke of Blackthorne (Charles Cornelius Radclyff, Anne's brother) however hates her and attempt many action to send her back to Finnishire. The Duke thinks that she is fake and insincere with her intentions. Penelope didn't really wants to go back with the fact all 'Finnishire men ran the other way whenever she approached', her stepmother bad treatment and all . To his annoyance, every attempts failed as people around Penelope develop feelings for her good nature.

Brought up in Finnishire, a countryside requires her to make total makeover to become high-class maiden. Thus came Madame Bellafraunde (a man dressed as a woman with many ladylike skills). She was groomed and trained as a lady.  

'I am a man, yes. No need to look so horrified, girl. I am a man with the soul of a female and a brain that can potentially change your life' -Madam Bellafraunde

Every mishaps that Penelope encounter develops stronger attachment between the Duke. Moreover Penelope offer herself to help Lady Anne in getting her love-crush, Lord Poyning. Later, his true color will appear quite shockingly. Penelope has a goat as a pet. She has a name too! Unbelievable right? She named her Lady Bathsheba.

There are many interesting character such as Sir Henry, Duke's grandfather, former duke.
-Congratulations my boy. I think she is simply delightful. I remember how charming she looked at the dinner table that day. She wore appropriate amounts of underskirst and after only one glass of wine she was foxed.
and others which needs more typing. I didn't want to spoil all your pleasure.

This book was charmingly cute and adorable. Did I mention hilarious?
Share:

Review: The Rosie Project


The Rosie Project / Simsion, Graeme
ISBN: 9781405912785
Chapters: 36
Date: Apr 2013
Subject: Marriage --Fiction.; Australian fiction --21st century.; Love stories.


My Synopsis Review

Prof Don Tillman is in late 30s, have autism (Asperger Syndrome) causing him to have lack of emotional and social sense but have extraordinary intelligent and extremely disciplined person.
"Why do people value other's time so little? Now we should have inevitable small talk. I could have spent fifteen minutes at home practising aikido"- Don

One day he decides to find a woman to be his life partner. Strangely, the way he conducts a questionnaire as in research subject of finding a suitable candidate, somewhat awkward for normal people. The 'Wife Project' emerge. [By the way, he seriously dedicated every single life of his into a designated project that produces tangible outcome- Failure is not possible with great plan, he quote]. He felt that 'emotional behaviour could cause major problems'. Due to his inability to communicate with people, he only manage to have with 4 friends which are:

1. His sister (died 'due to gross and inexcusable medical incompetence')
2. Daphne (Old woman, also later known have dementia and died, involve in 'Teach Daphne Genetics Project')
3. Gene (Psychology Professor, fellow co-worker, his social life advisor, womaniser)
4. Claudia (Gene's wife, nurse)

Don's life turned upside down after he met Rosie. She was iniatially introduced as a barmaid and surely Don have low expectation of Rosie's intelligence. Later revealed, Rosie is a psychology PhD student in his university, Gene's student. On the other hand, Rosie has some issues on finding her actual father. Unexpected turn of events, Don volunteered his aid to his new acquaintance (Rosie). Don priority change to Father Project, despite not entirely abandon his Wife Project. Every time Don helps Rosie, he felt his life completely change, his schedule, but he look content and happy than before ...and did I mention fell in love? (but of course he did not realize this...)

My GR review
Utterly hilarious. FYI, love story can also be presented in almost 100% professional scientific term without sacrificing romantic-nourishment in it. A must read.

I spend my weekend enjoying a very heartwarming book despite Professor Tillman inability to express human behavior and emotion efficiently. From the so-called "Wife Project" turns to a whole "Father Project" turns to "The Rosie Project". I've never read any other books that makes me feel like I am a genius too! after having to read a different term of expressions of my daily routine 'human interaction'.- See that?! Having book hangover.

ps: I just hope Mr Simsion write another novel because I'm unlikely to read computer data modelling for fun. :)


Recommended above all stars.

Share:

Friday, January 10, 2014

100 Pesanan Terakhir Rasulullah

cr pic. Blog penulis: Muhd Nasruddin Dasuki

Sebab buku ini mengikut bab bertopik, jadi kita boleh melangkau mana-mana bab untuk dibaca dahulu.  Buku-buku yang sebegini untuk tazkirah pendek. Bahasa yang santai untuk rakyat marhaen seperti kita (okey~aku saja sebenarnya). Melihatkan reka kulit dan tajuknya pun kita akan terus bagi 5 bintang. Tak hairan kalau di tangan saya ini dah menjangkau 11 cetakan. Tapi maaf saya mampu beri 3 bintang saja kerana jika dinilai dari segi pengolahan isinya mungkin ada yang boleh ditingkatkan. Saya salinkan kembali bab dalam buku ini, setiap bab ada antara 3-8 rangkuman pesanan.

  1. Tawaduk penghapus kesombongan
  2. Bersedekah biarlah ikhlas
  3. Isteri, taatilah suamimu
  4. Peliharalah solatmu
  5. Pertolongan Allah menanti bagi yang sabar
  6. Bersahabat cara Rasulullah
  7. Makanan seimbang cara Rasulullah
  8. Anak adalah ujian Allah
  9. Ziarahilah kubur ingati kematian
  10. Suasanakan keluarga dengan ciri Islami
  11. Mengharap keredhaan beribadat
  12. Memberi salam satu sedekah
  13. Al-Quran dan sunah panduan hidup
  14. Bonus
iA, buku ini bagus dari segi isi yang disenaraikan . Tapi sekiranya mahukan lebih, jangan berharap pada pembacaan buku ini saja. Mungkin akan ada 100 Pesanan Terakhir 2, 3, 4 dan seterusnya kerana Rasulullah bukan berpesan terhad pada 100 pesanan sahaja. Sudah maklum pada bacaan prakatanya.

100 Pesanan Terakhir Rasullulah adalah mutiara bersama penerangan ringkas dari beribu-ribu hadis sahih yang telah ada. Mungkin ada yang pernah kita dengar dari kuliah-kuliah dari mana-mana majlis agama.

Mulanya saya melangkau mukasurat 140 "Makbulnya doa Uwais" di bawah bab 'Peliharalah Solatmu'. (Ada kaitankah?) .

Selesai satu 'pesanan' saya rasa hampa sebenarnya. Ini bukan apa yang saya harap akan dapat dari buku ini. Saya mahu lebih! Uwais al-Qarni seorang tokoh pemuda yang saya minati kisahnya antara banyak kisah sirah yang saya baca sejak kecil dulu. Membaca kisahnya yang pendek amat dan sangat tidak mempunyai 'jiwa'. Mungkin ceritanya boleh dikembang sedikit mengikut tema pesanan Rasulullah saw. Di minda membayangkan jika pesanan Rasulullah ada hadis yang lengkap, peristiwa berkaitan dan penerangan masa kini. Tapi tidak, penulis terus saja menerangkan dengan bahasanya sendiri.

Tapi jangan hampa dahulu~ Saya teruskan pembacaan mukasurat 261 "Segerakan urusan jenazah". Ternyata bukan semua bab menghampakan saya, ada yang baik pengolahannya. Bukan hanya adab saja, tapi kita juga boleh dapat ilmu lain. Begitulah pembacaan saya sehinggalah habis.

Menarik buku ini kalau dibaca berdikit-dikit dan tidak dibaca sekaligus. Untuk mendapat kepuasan dan makna maksimum. Mungkin sehari satu (atau mungkin dua/tiga) pesanan .  Sedang eloklah untuk mereka yang tak suka membaca. Malah, kalau menghadam buku ini sambil menunggu bas atau menaiki LRT pun molek juga. Ia tidak berat kerana 100% bahasa kita. Tiada bahasa arab yang perlu diterjemahkan kerana semua sudah sedia. (Malah, jauh di sudut hati ini berharap agar ia diberi dalam dwi-bahasa). Saya syorkan juga pada sahabat baru memeluk Islam atau kita (=baca 'saya') yang lama memeluk Islam tapi masih terkapai-kapai.

Dan seperti termaktub dalam adab mencari ilmu, kita perlulah berguru untuk benar-benar belajar. Kalau tidak nanti diibaratkan seperti belajar dari syaitan pula kan?

Selamat menghayati buku ini!

Salam sayang,
iloveloaf
Share:

Monday, January 6, 2014

Impikan Mentari




Undoubtedly 5 stars.

Selepas SBB yang baru dibaca malam kelmarin, I find my reason why I like JS publication again. :))
Semuanya sungguh mencengkam emosi saya. Membaca Impikan Mentari dan Warna Hati Nurul mempunyai perasaan yang berbeza seperti kedua-duanya ditulis penulis yang berlainan. Entahlah. Cuma perasaan saja ye. Apa pun tahniah untuk kak Shahzy. Novel ini benar-benar meruntun hati 'remaja' saya. eCeh. :)

Sinopsis JS untuk IM memang akan buat sy turn-off untuk baca cerita ini. I dislike sad drama. Suprisingly, I gave highest stars for this. Kena baca ni. hehe

~~Saya suka permulaan cerita, sewaktu Zati ternampak kecurangan tunangannya sendiri. Plotnya dikembang sangat kemas bagaimana Zati berdepan dengan masalah adiknya dan akhirnya penyakitnya. Dia sangat berani dan kental. Tiba-tiba teringat kisah almarhumah Fauziah yang heboh pada tahun lepas. Mungkin inilah yang dirasai keluarga mereka kala itu.

Malah perlakuan watak-wataknya juga serasi dengan jalan cerita. Sempurna. Tak perlu nak kata apa-apa lagi.

Above all, I like the family bonding among the characters.

Love,
Iloveloaf.
Share:

Tuesday, November 12, 2013

Review Seikat Kembang Merah: Hidup seorang pemabuk

Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim

Sori dear, semoga sihat-sihat selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah. Aku segan sebab kamu selalu beri input yang beredar sekitar hidupmu tapi aku jarang berkongsi ilmu yang boleh dipraktikkan sangat. Dunia aku cuma buku, buku, buku, internet, kampung ~so, not much going on. Tapi...mungkin kalau kamu ada masa, aku nak kongsi tentang satu buku yang dibaca beberapa bulan lepas.


Kembang=bunga (dari definisi kamus Jawa yang aku selalu dengar)

Kata puitis diambil dari buku ini,
Seberkas hidup kita bahagi dua; seikat untuk cita-citamu dan seikat lagi untuk mimpiku....dan cita-citamu dan mimpiku kita ikat semua dalam berkas yang sama. 

Gary bukan nama sebenar,asal dari perkataan gari belenggu besi yang polis guna untuk pesalah undang-undan atau nama sebenar Hail Amir bin Pee Ramlee. Senyum lebar. Mungkin ini nama watak novel yang diharap untuk nampak logik. Lelaki awal 30-an. Jalan ceritanya tak cliche, kenapa? Sebab akhirnya hero/Gary/Amir  tak akan kahwin dengan cinta hati yang dipuja-pujanya.

Tajuk: Seikat Kembang Merah/ Imaen
Publisher: Jemari Seni

Pernah dengar cerita tentang seorang pemabuk yang diberi hidayah kerana menjaga nama Allah? Kisahnya popular, rasanya  mungkin boleh dibaca di mana-mana. Beliau walaupun seorang pemabuk, kerana satu kebaikan kecil menjaga cebisan kertas dengan nama Allah, darjatnya diangkat menjadi mulia. Maaf aku cuma mampu Google namanya, nanti bila ketemu dengan buku kisahnya aku kongsikan. Kisah Bisyir bin Harits di lorong gelap dalam keadaan mabuk, mengutip cebisan kertas dengan kalimah "bismillahirrahmanirrahim", lalu dibersihkan dan disimpan dengan wangi-wangian. Sejak itu dia bermimpi dan hidupnya dipimpin oleh Allah sehingga dia menjadi wali. Kisah seorang wali  menjadi inspirasi Imaen menulis Seikat Kembang Merah, katanya.

Berbalik pada buku Seikat Kembang Merah, permulaan kisahnya hampir menyerupai kisah wali Allah Bisyir bin Harits. Cuma watak lelaki ini, cuma fiksyen, yang mendapat hidayah dengan menjaga kertas yang dipijak-pijak di lantai surau semasa dia singgah untuk qada hajat. Lalu, beberapa ketika selepas itu dia bertemu seorang gadis alim, Nur Tahani dan jatuh hati pada gadis solehah itu. Kejahilannya membawa pada pelbagai rancangan untuk memikat si gadis. Dari pencurian terancang di farmasi sehingga ilmu hitam. Titik pertemuan dengan gadis itu, dia bertemu dengan pelbagai insiden yang menjadi titik-tolak dia menjadi baik semula. Pelik kan? Hidup ini teratur bila kita mula dekat dengan Tuhan...

Amir (namanya di dalam buku ini ditukar kepada Gary) -kerjanya penyeludup kecil-kecilan. Sambil berniaga kedai dobi berdekatan kedai farmasi gadis itu. Dia pemabuk tapi bukan kaki perempuan kerana dia ada seorang awek cun nama Nina. Bekas pelajar sekolah agama, lulusan universiti dengan rekod jenayah pencuri kasut masjid dan dalam buangan keluarga. Bukan ciri watak klise.

Itu bukan satu-satunya sebab aku suka dengan buku ini, Imaen kalau menulis memang penuh humor, ringan tapi mantap dengan pelbagai ilmu terselit. Buku ini,sedikit cinta, sedikit aksi dan sedikit motivasi. Awalnya aku ingat namanya hanya Amir. Kelakarnya tengah-tengah baru aku faham kenapa namanya dijenakakan oleh semua watak. Nama sebenarnya Hail Amir rupanya.Lampi~ dah separuh baca baru faham. Pengakhirannya adalah sesuatu yang aku langsung tak jangka. Bukan dalam imaginasiku~ya, sangat realistik . Sebab hampir keseluruhan cerita tentang Nur itu dengan Gary.

Kisah Gary rela  dipenjara kerana tidak mahu berkahwin dengan Nina juga persis kisah ulama terdahulu yang rela dipenjara kerana tak mahu ikut telunjuk pemerintah.

Mungkin kamu perlu bersedia minda, sebab Imaen menulis kadangkala dalam nada sinis ringan~tentang situasi politik, sosial, ekonomi (sebab beliau juga dari latar ekonomi UM) semasa. Kadangkala seperti tergigit cili pun ada. Lagi2 kita lepasan 'universiti yang semuanya bumiputera'.

Dear~kamu suka dengan FT, jadi aku rasa Imaen mungkin orang sesuai untuk pengganti karya FT. FT menulis dalam bahasa  sastera, begitu juga Imaen. Cuma gayanya mungkin berbeza dari segi nada, mungkin? Yang pasti terhibur membaca buku ini. Usai membaca buku ini,aku terus menerjah blognya dan membaca sehingga entri pertamanya. Untuk aku, ianya 'refreshing~'
_____________________________

Situasi yang pernah kita lalui. Singgah di surau/ masjid untuk solat atau mungkin hanya untuk kencing saja. Adakah masjid tempat qada hajat saja? Bukan untuk dimakmurkan dengan mukmin/ah. Apabila jumpa kertas ayat-ayat Quran atas lantai, adakah kita tergerak mengambilnya dengan wudhuk dan meletakkan ia dalam kotak dengan wangian. Atau, mungkin lepaskan saja tugas itu pada orang lain sebab kita tiada masa.

Cubalah lepas ini kalau singgah di masjid, cubalah buat solat sunat dua rakaat baru keluar. Bukan sekadar melepas hajat.

Anehnya kita sering membandingkan 'Islam'nya negara lain, sedang negara ini kurang nampak 'nur' nya. Tapi alangkah bagusnya kalau kita mulakan dari diri sendiri (termasuk saya yang bercakap.Saya malu dengan diri saya~) Masyarakat kita bukan tiada orang yang baik sebegini, tapi yang baik itu kurang jelas di mata umum, mungkin kerana kita sering menuding jari dan menghakimi orang jahil seperti Gary.

END
Share:

Friday, May 17, 2013

Nak baca karya Hlovate pulak-lah

Satu penulis yang belum pernah aku baca karyanya, tapi aku sudah jadi peminatnya. Satu je dalam kepala,'siapalah punya kerja?'


Assalamualaikum,
Jadi sekarang, kalau nak jadi peminat novel tertentu, saya akan cari karya mereka di online, kalau gaya bahasa cambest dan okey, baru cadang nak beli. Penulis baru ni bukan boleh percaya sangat, penerbit pula, sebab nak cari untung, novel yang macam  telur gred C pun boleh 'release'. Takmo tertipu lagi. Tajuk dan sinopsis menarik, bila baca kecewa.
Sampai sanggup beratur panjang nak dapatkan autograf, heh (sengih). Bukan dapat apa pun kan? Tapi kalau JK Rowling orang beratur nak sign, kenapa penulis kita tak nak beri sokongan ye tak?
Antara kata-kata Hlovate: "... menulis bukan sebab aku nak cipta dunia fantasi. Hanya contengkan apa yang nak dikongsi dengan orang lain tentang apa yang diketahui. Aku tak banyak ilmu. Aku cuma tau kisah hidup ~ aku, famili aku, kengkawan aku dan orang keliling aku. Dunia ni 'classroom' yang paling besar dengan Allah sebagai 'Teacher the Almighty'. Aku banyak belajar dengan tu. Aku tak pandai tulis bahasa bunga-bunga untuk harukan hati orang. Aku 'just' tulis apa yang aku rasa dan nak orang rasa. Tapi macam kata kawan aku, 'everything needs commercial value and attraction force'; maka aku pun 'draw' je cerita tu ikut 'taste' orang yang nak baca, tapi dengan 'core' yang aku ada sebagai 'basic color', nak 'share' dan bercerita rasa dengan orang bukan senang." 
e-Karya Hlovate boleh ditemui di:     http://hlovate.blogdrive.com    http://hlovatehikayat.blogdrive.com    http://hlovatulis.blogdrive.com    http://hlovatalk.blogdrive.com
e-Karya yang telah siap:     GreaTroublemaker_i    GT_i'm a senior    GT_i[I'm outta teens]    Versus    Ked's Story    5 Tahun 5 Bulan    A Moment [Atuk] - cerpen    Schubert's Serenade 
e-Karya yang masih dalam pembikinan:     Rooftop Rant    Anthem    Creep~Street Symphony 
Buku, muzik, kata-kata, alam dan hujan adalah kegemaran Hlovate. Berasal dan menetap di Perak. Hlovate kini sedang menuntut di luar negara. Hlovate boleh dihubungi melalui e-mel hlovate@yahoo.com 
e-Karya yang telah siap:     GreaTroublemaker_i    GT_i'm a senior    GT_i[I'm outta teens]    Versus    Ked's Story    5 Tahun 5 Bulan    A Moment [Atuk] - cerpen    Schubert's Serenade 
e-Karya yang masih dalam pembikinan:     Rooftop Rant    Anthem    Creep~Street Symphony 
Buku, muzik, kata-kata, alam dan hujan adalah kegemaran Hlovate. Berasal dan menetap di Perak. Hlovate kini sedang menuntut di luar negara. Hlovate boleh dihubungi melalui e-mel hlovate@yahoo.com 
Credit to mawarberduri91 dari link http://forum.saffmuslim.com/viewtopic.php?f=69&t=367 share interview tak seberapa ni masa search nama "Hlovate" kat Google. Terima kasihlah ek...
the blog is for my story to come to life,not for my life to become a story.. :) 

Saya tak tahu nak cerita dari mana. Okey. Selepas minggu pesta buku hari tu, mak cik dan saya sibuk menghabiskan semua buku-buku novel yang dibeli. Well, ada yang bagus, ada ya 'kureng'. Siapalah saya nak meng'komen' lebih-lebih, saya bukan penulis yang novelnya diterbitkan. Mak cik? Macam biasalah, semua cerita dia layankan. Cuma kalau cerita yang agak pening tu dia akan rujuk pada saya. Motif sangatkan? Tangan atas bahu, mata juling ke langit. Jenis insan yang bernama 'soleh' akan let go cerita yang penulisannya tak matang dan terlalu bosan plotnya. Straight to the end of the train.


Strategi zaman ini, buat profiling dulu sebelum beli agar tak menyesal. Lebih-lebih lagi sekarang ini sudah ada jaringan internet yang hampir 24 jam. FB fanpage yang penuh tulisan berinspirasi. Kagum. Dulu internet tiada, susah sikit nak kenal, punyalah susah nak tangkap persepsi yang baik.Kalau sorang penulis tu terbaik, itu sajalah yang jadi tatapan hati .Mak cik pernah kata serik tak mahu lihat penulis sebabnya 'kalau jumpa nanti tak ada mood nak baca lagi'. Legend mak cik saya ni, sebab koleksi novel dia menimbun bukit (hiperbola), kalau tak hilang dek dipinjam sedara-mara. Pernyataan ini tidak apply pada saya. Sebab saya akan lebih bersemangat membaca bila kenal latar belakang seorang penulis itu, lebih-lebih lagi jika dia tulis karya yang bermutu. Tapi kalau karya dia memang tak seberapa, tapi masih gigih menulis saya hargai karya tersebut sebab bukan mudah hendak jadi penulis tau!



Hlovate.
Nama penulis yang prolifik di tanah air ini. Ceh. Perkataan prolifik pun saya tak faham sebenarnya. Lol. Agaknya =terkenal banget kut. Dulu saya pernah dikenalkan dengan karya beliau oleh kawan yang suka membaca (tapi dia dah tak ada) tapi saya menolak, sebabnya? 1. Nama samaran yang pelik, satu nama. 2. Tajuk karya yang pelik, Aa+Bb...tak ke karya dia ni nanti entah apa-apa, dalam hati. Tapi ada apa dengan nama kan? Don't judge a book by it's title. Hah! Dapat pengajaran baru lagi.

Gambar koleksi karya Hlovate
 The latest baru keluar dari oven April 2013. Terasa rugi pula tak menyinggah membeli karya ini masa pergi ke PBAKL 2013 hari itu, sebabnya karya ini baru release pada minggu tu.
 Contengan jalanan yang buat saya tertarik pada madah "benih baru nak bangkit disiram dengan air dan baja, hati baru bangkit kena disiram dengan apa?"
 Karya dulu-dulu
Karya edisi terhad. Dengar kata tak jual lagi dah...Benci betul, ada ke promosi camni? Habis tu saya yang lambat tahu ni nak buat camne.

Dalam profil di JemariSeni : http://www.jemariseni.com/penulis-usermenu-65/8-hlovate.html tertulis; thus I quote 
HANYA INGIN DIKENALI dengan nama Hlovate. 
Cerita pertama yang ditulisnya ialah GreaTroublemaker_i, ketika menuntut di tingkatan 3. Menulis baginya adalah satu cara untuk berkongsi dan meluahkan rasa. 
Katanya lagi: "Aku tak pandai melukis, jadi aku tak boleh 'draw n paint' perasaan aku Aku tak pandai menyanyi, aku tak boleh lagukan hati aku Aku tak ada 'art n skill', maka aku tak boleh nak 'shout out' buat 'graffiti' kat mana-mana dinding... dan sebenarnya aku tak pandai pun menulis... aku tau 'throw out n spill' je..." 
... less is more...   
Oh...orang Perak rupanya: Kenapa semua penulis yang bagus-bagus asal Perak aaa? Cikgu-cikgu best semua asal Kedah. Peniaga pasar malam semua banyak dari Kelantan/Siam. Sengih jap. Macam model cun-cun asal dari KL, penyanyi suara mendayu asal dari Pahang/ Sarawak. Sudah merapu.

Sebenarnya saya tak berminat sangat nak tahu latar belakang dia ni (peduli ape haku), asalkan karya mantop sudah. Frankly, selain membaca dari blogdrive atau cerpen pendek di facebook saya tak pernah baca satu pun karya komersial Hlovate. (Maaf Hlovate, tak dapat income ler kamu). Begitupun, saya sudah jadi peminat, sehinggalah ke hari ini saya jadi teringin nak kumpul semua karya dia. Tunggu on sale saja ni. Nak borong semua sekarang tak mampu. Baru lepas perabis duit bayar repair kereta asbab accident. Tahniahlah Soleh!Keputusan yang tepat. err..apakah? Mungkin sebentar lagi saya akan terus buat tempahan online di JemariSeni.com. Satu karya dulu. Lepas tu pergi pinjam di 'library' PJ.

Tabik spring kat Hlovate sebab dia berjaya mengekalkan identiti 'anonymous' itu sehingga ke hari ini. Kalu boleh, stay sampai bila-bila. Takut mak cik saya kecewa, err... walaupun dia pun tak pernah baca karya awak. Nantilah saya perkenalkan dekat mak cik.
Kenapa memilih nama Hlovate,apakah falsafah yang tersembunyi di sebalik nama tu?
Not much reason.Invented came up with that hybrid word for a piece that I was writing in 1998. and picked that as the pen-name for the blog back in 2005 because it's unisex and neutral enough.
Mengapa Hlovate tidak ingin dikenali? kenapa ...terpaksa bersembunyi ala-ala man in iron mask?
i)I value my privacy
ii) fed-up hidup dengan expectation manusia
Bagaimana Hlovate dapat membahagikan masa sebagai pelajar,dan kemudiannya menjadi penulis?
Kalau nak sara hidup,you've got no choice but to work it out. One way or another.
Apakah nasihat Hlovate di luar sana kepada yang ingin jadi penulis?Jangan jadi macam saya.
Mungkin tak suatu waktu nanti Hlovate akan keluar dari persembunyian, dan membuka topeng 'iron mask' itu?Dunno. How 'abou nehi never? 
Selain penerbit (Kak Nila + Kak Ajah),ayah dan ibu Hlovate tahu tak yang Hovate menulis...? Apa reaksi mereka?Parents baru tau in 2007,and they don't even know what my pen name is sampai hari ini.
inilah serba sedikit yang dapat ana share..Mengenai penulis itu sendiri. 
Dia teramat low profile. Dia pernah tulis:
jujur-sejujurnya,kalau baca material kat sini(blog),ignore je la me as the writer... :| my status,location,education,background history,abaikan aje.k,for all you know I might be in Guatemala doing phD in nuclear science,and am 35 years old.. :D .atau mungkin je seorang budak tepi jalan yang nomad,travel around the world,tak study,tader keje,and ader speciality dalam field buat air soya.. :p 

Ini baru penangan membaca melalui internet, kalau sudah baca nanti mesti akan teringat lebih lagi. Tapi, mana tahu kan, penulis Hlovate ini bukan cita rasa saya? Ada orang dalam blog tulis pasal Hlovate berdasarkan interview ini saya. Jujur, saya tak percaya. 35, Phd somewhere in Guatemala? Tapi kalau budak tepi jalan, nomad speciality air soya pun apa salahnya kan, itu akan buat saya lebih kagum.

Ps: Dalam minda tajuk macam ini pun ada ke? Kalau Hlovate baca post ini kan bagus. Terjawab semua persoalan di otak. Jom jadi kawan, jom?
Share: