Showing posts with label Dubook Press. Show all posts
Showing posts with label Dubook Press. Show all posts

Friday, February 14, 2014

Review: Dari KLCC ke Tanjung Malim

Judul:  Dari KLCC ke Tanjung Malim
Penulis: Fdaus Ahmad
Penerbit: Dubook Press
Dibeli: Online. Promosi 7 Lejen

Ulasan:
Secara tepatnya, aku habis baca buku ini pada Jumaat lepas. Sekali buka memang tak lepas dah. Kecuali pergi solat asar. Tersengih memanjang baca blook ini. Blook, itu yang dorang gelar untuk buku asalnya tulisan dari blog kan?Baru tahu. Fdaus Ahmad memang berjaya aku ketawa tak sudah dengan cerita-cerita zaman budak-budak dia, anaknya dan Cikgu Kuala Kubu serta kisah tempat kerjanya. Aku rekemen kat kakak jual Avon umur akhir 30 tahun, dia pun setuju dengan aku~Jadi buku ni memang pengubat stress. Aku tak tipu.

Mungkin lebih feel kalau baca pada bulan puasa sebab kebanyakan ceritanya latar masa bulan Ramadan. Tengok cetakan pertama April 2013. Tahun 2013, Ramadan jatuh bulan Julai kan? Mungkin akan buka sekali-sekala buat penaik mood boring/nak ceria.

ps: cover buku ni lain dari yang atas. Buku aku baca ni ada gambar laki duduk di meja restoran. Inikah Fdaus Ahmad? Kalau betul,dia lebih berisi dua inci dari apa yang aku gambarkan.
Share:

Sunday, December 15, 2013

Review: Bukan Dari Jibril





Judul: Bukan dari Jibril
Penulis: Fikri Harun
Penerbit: Dubook Press
Harga beli: Rm19
Beli di: PBAKL 2013

Ulasan saya:
#bukandarijibril . Fuyooo~~Buku ni, memang tak kena tapis dulu kot. Semua artikel ( <0---0> eh, ke penceritaan pendek) / pemikiran sinis tentang situasi masyarakat muslim terutamanya Melayu kat Malaysia. Untuk isinya~~ha ha ha kalau aku tak terpengaruh dengan UTAM~ memang dah pangkah awal2 dah. Nasib aku buat 'research' dulu sebelum buat keputusan untuk beli. Persepsi pertama waktu dapat buku ni kat tangan lepas buka plastik (buku baru eh, bukan second hand!)- nipisnyeeee...harganya?! erk..., kemudian...eww, kenapa tajuk-tajuk ni semua KUNINGGGG!!! Terbeliak mata. ha ha

Then, after thinking deep~ alah deep-lah sangat kan. Isinya boleh hadam. Baguslah lagi2 untuk orang muda macam aku ni. Penulis ni suruh kau fikir, jadi jangan malas sangat nak fikir ye...
dan aku memang boleh 'tutup mata' dengan semua perkataan yang~~double meaning sangat kan.

Thats all.

Share: