cr pic.
Blog penulis: Muhd Nasruddin Dasuki
Sebab buku ini mengikut bab bertopik, jadi kita boleh melangkau mana-mana bab untuk dibaca dahulu. Buku-buku yang sebegini untuk tazkirah pendek. Bahasa yang santai untuk rakyat marhaen seperti kita (okey~aku saja sebenarnya). Melihatkan reka kulit dan tajuknya pun kita akan terus bagi 5 bintang. Tak hairan kalau di tangan saya ini dah menjangkau 11 cetakan. Tapi maaf saya mampu beri 3 bintang saja kerana jika dinilai dari segi pengolahan isinya mungkin ada yang boleh ditingkatkan. Saya salinkan kembali bab dalam buku ini, setiap bab ada antara 3-8 rangkuman pesanan.
100 Pesanan Terakhir Rasullulah adalah mutiara bersama penerangan ringkas dari beribu-ribu hadis sahih yang telah ada. Mungkin ada yang pernah kita dengar dari kuliah-kuliah dari mana-mana majlis agama.
Mulanya saya melangkau mukasurat 140 "Makbulnya doa Uwais" di bawah bab 'Peliharalah Solatmu'. (Ada kaitankah?) .
Selesai satu 'pesanan' saya rasa hampa sebenarnya. Ini bukan apa yang saya harap akan dapat dari buku ini. Saya mahu lebih! Uwais al-Qarni seorang tokoh pemuda yang saya minati kisahnya antara banyak kisah sirah yang saya baca sejak kecil dulu. Membaca kisahnya yang pendek amat dan sangat tidak mempunyai 'jiwa'. Mungkin ceritanya boleh dikembang sedikit mengikut tema pesanan Rasulullah saw. Di minda membayangkan jika pesanan Rasulullah ada hadis yang lengkap, peristiwa berkaitan dan penerangan masa kini. Tapi tidak, penulis terus saja menerangkan dengan bahasanya sendiri.
Tapi jangan hampa dahulu~ Saya teruskan pembacaan mukasurat 261 "Segerakan urusan jenazah". Ternyata bukan semua bab menghampakan saya, ada yang baik pengolahannya. Bukan hanya adab saja, tapi kita juga boleh dapat ilmu lain. Begitulah pembacaan saya sehinggalah habis.
Menarik buku ini kalau dibaca berdikit-dikit dan tidak dibaca sekaligus. Untuk mendapat kepuasan dan makna maksimum. Mungkin sehari satu (atau mungkin dua/tiga) pesanan . Sedang eloklah untuk mereka yang tak suka membaca. Malah, kalau menghadam buku ini sambil menunggu bas atau menaiki LRT pun molek juga. Ia tidak berat kerana 100% bahasa kita. Tiada bahasa arab yang perlu diterjemahkan kerana semua sudah sedia. (Malah, jauh di sudut hati ini berharap agar ia diberi dalam dwi-bahasa). Saya syorkan juga pada sahabat baru memeluk Islam atau kita (=baca 'saya') yang lama memeluk Islam tapi masih terkapai-kapai.
Dan seperti termaktub dalam adab mencari ilmu, kita perlulah berguru untuk benar-benar belajar. Kalau tidak nanti diibaratkan seperti belajar dari syaitan pula kan?
Selamat menghayati buku ini!
Salam sayang,
iloveloaf

- Tawaduk penghapus kesombongan
- Bersedekah biarlah ikhlas
- Isteri, taatilah suamimu
- Peliharalah solatmu
- Pertolongan Allah menanti bagi yang sabar
- Bersahabat cara Rasulullah
- Makanan seimbang cara Rasulullah
- Anak adalah ujian Allah
- Ziarahilah kubur ingati kematian
- Suasanakan keluarga dengan ciri Islami
- Mengharap keredhaan beribadat
- Memberi salam satu sedekah
- Al-Quran dan sunah panduan hidup
- Bonus
100 Pesanan Terakhir Rasullulah adalah mutiara bersama penerangan ringkas dari beribu-ribu hadis sahih yang telah ada. Mungkin ada yang pernah kita dengar dari kuliah-kuliah dari mana-mana majlis agama.
Mulanya saya melangkau mukasurat 140 "Makbulnya doa Uwais" di bawah bab 'Peliharalah Solatmu'. (Ada kaitankah?) .
Selesai satu 'pesanan' saya rasa hampa sebenarnya. Ini bukan apa yang saya harap akan dapat dari buku ini. Saya mahu lebih! Uwais al-Qarni seorang tokoh pemuda yang saya minati kisahnya antara banyak kisah sirah yang saya baca sejak kecil dulu. Membaca kisahnya yang pendek amat dan sangat tidak mempunyai 'jiwa'. Mungkin ceritanya boleh dikembang sedikit mengikut tema pesanan Rasulullah saw. Di minda membayangkan jika pesanan Rasulullah ada hadis yang lengkap, peristiwa berkaitan dan penerangan masa kini. Tapi tidak, penulis terus saja menerangkan dengan bahasanya sendiri.
Tapi jangan hampa dahulu~ Saya teruskan pembacaan mukasurat 261 "Segerakan urusan jenazah". Ternyata bukan semua bab menghampakan saya, ada yang baik pengolahannya. Bukan hanya adab saja, tapi kita juga boleh dapat ilmu lain. Begitulah pembacaan saya sehinggalah habis.
Menarik buku ini kalau dibaca berdikit-dikit dan tidak dibaca sekaligus. Untuk mendapat kepuasan dan makna maksimum. Mungkin sehari satu (atau mungkin dua/tiga) pesanan . Sedang eloklah untuk mereka yang tak suka membaca. Malah, kalau menghadam buku ini sambil menunggu bas atau menaiki LRT pun molek juga. Ia tidak berat kerana 100% bahasa kita. Tiada bahasa arab yang perlu diterjemahkan kerana semua sudah sedia. (Malah, jauh di sudut hati ini berharap agar ia diberi dalam dwi-bahasa). Saya syorkan juga pada sahabat baru memeluk Islam atau kita (=baca 'saya') yang lama memeluk Islam tapi masih terkapai-kapai.
Dan seperti termaktub dalam adab mencari ilmu, kita perlulah berguru untuk benar-benar belajar. Kalau tidak nanti diibaratkan seperti belajar dari syaitan pula kan?
Selamat menghayati buku ini!
Salam sayang,
iloveloaf
0 comments:
Post a Comment
Thanks for reading.