Wednesday, February 12, 2014

Paulo Coelho dan Teori Lanunnya


Credit The Guardian. " When you want something the whole universe conspires to help you"-Paulo Coelho.
Baru-baru ini , lebih spesifik 22 Januari lepas aku tertarik dengan pernyataan Paulo Coelho tentang akta hakcipta. Menariknya, penulis bestseller ini percaya dengan kebebasan internet dan percaya aktiviti memuat naik bukunya untuk tatapan pembaca secara percuma (istilah illegal download lebih tepat) telah melonjakkan penjualan buku beliau. Hasilnya buku The Alchemist menjadi popular dan dalam masa setahun dia menjadi sebutan seluruh penduduk dunia.

Serius, aku rasa pak cik Paulo Coelho ini sangat cool! Membuatkan aku tertarik juga membaca buku itu. (juga sebab tertarik dengan quote yang ada dalam kumpulan cerpen Ratu Sehari  JS Adiwarna dan review orang). Masih berusaha memahami maknanya. Buku asal dalam bahasa Portugis, jadi bila baca alih bahasa mungkin akan rasa lain (agaknya). :) . Sudah lama tahu pasal penulis ini cuma rasanya lambat tahu pasal teori 'nakal' ini. (http://paulocoelhoblog.com/2008/02/03/pirate-coelho/)

Beliau gelar dirinya sendiri sebagai Pirate Coelho. Sangat unik! Oh, tiba-tiba teringat Luffy Onepiece. Senyum sambil thumbs up. Sangat bergaya.

ps: The Alchemist ni selalu berjaya buat aku tidur. haha. ~~Ini dalam format kertas. Nanti mesti cari versi ebook pula. Buat kenangan :)
Share:

2 comments:

  1. Saya belum pernah membaca karyanya.

    P/S: Buku saya, kumpulan cerpen remaja: Tetamu Istimewa terbitan ITBM telah pun terbit. Jika berminat boleh pesan terus daripada saya. Maklumat lanjut boleh rujuk di blog saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah~ Terima kasih sebab cikgu sudi singgah...terharu rasanya.

    ReplyDelete

Thanks for reading.