Tuesday, April 8, 2014

Review: Rahsia Arqam: Menyingkap 'Sisi Gelap' Arqam


Tajuk: Rahsia Arqam : Menyingkap 'Sisi Gelap' Arqam
Penulis: Ann Wan Seng
Penerbit: PTS
Harga: RM21.00
Cetakan: Ke-2, Disember 2005.
Preview buku Googlebook

Ulasan saya:
Bismillah~
Rahsia Arqam bukan buku pertama tentang Arqam yang saya baca. Truth is, I read a lot about Arqam since child.[I mean child, as in 9-years-old -child. Lets stop at that].This book explain my curiosity about this organization. Why is it so famous? Arqam is good but why they were illegal? Then I came across this book one day[few months ago]. Ann Wan Seng berjaya menjawab persoalan saya. Walaupun rasanya perlu banyakkan lagi pembacaan supaya kita benar2 faham apa sebenarnya berlaku,siapa dan apa tujuan Arqam itu sebenarnya.

Awal bab buku ini banyak menceritakan perjuangan Arqam yang saya nilaikan positif(untuk umat Islam). Arqam sebagai satu pilihan/jalan keluar kepada keruntuhan nilai ummah (Islam) dalam masyarakat (Malaysia khususnya). Early 70s, not many solutions to our moral problem. Asasnya nampak sangat murni dan sangat telus. Saya sokong. Tapi banyak yang pincang rupanya. Ya, memperjuangkan sesuatu yang baik banyak dugaannya,tapi tak semua permulaan yang baik akan berakhir dengan baik.Kadangkala, ia akan berakhir dengan buruk kerana silap merancang, salah tujuan dan sebagainya. Manusia mempunyai banyak wajah dan Allah sebaik-baik perancang.

Arqam sudah diharamkan. Yeah, everyone knows that.Obviously! Tapi semangatnya masih ada di kalangan masyarakat. Bagi saya, tanpa Arqam perjuangan menegakkan syiar Islam yang masih perlu. Arqam cuma alat. With/without Arqam, kita masih perlu amalkan sunnah, masih perlu sebarkan kebaikan Islam dan hapuskan stigma negatif yang dilabel pada agama ini. Islam bukan saja agama tapi cara hidup.

Ini bukan buku tentang Arqam saja, tapi sebuah buku yang menunjukkan kelemahan kita (umat Islam) dalam mengenali agama kita sendiri.

Ann Wan Seng sudah jadi penulis pilihan saya! Good job for writing this book. We need more from you~~

____________ 

My extended reading:
Dengarnya buku ini pernah terganggu penjualannya di kedai buku sebab perkataan 'Arqam' itu sendiri sangat sensitif untuk umum. PTS sebuah penerbitan yang kontroversi kerana mereka selalu menerbitkan buku yang 'hampir' haram. Thats not included, Sebongkah Batu di Kuala Berang because I think SBDKB is already/still banned.

There's a lot other books regarding Arqam, as the founder himself self-publish his book throughout his life. You may look this book as nothing if you already know/found other books. For starter, I kind of really like this book. [apa kes saya tulis BI kat sini, I wonder why  myself]

mari membaca,
iloveloaf

Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks for reading.