Saturday, March 26, 2016

Review: Mat Diari / Syamnuriezmil




Harga: RM 10
Beli dari: https://www.facebook.com/thechapterbookstore
Tarikh Baca: 24 March 2016

Cerita bermula saat Firyal menaiki ETS ke KL untuk satu talk. Dia terjumpa sebuah diari tak bertuan di tempat kosong sebelahnya. Diari seorang lelaki yang bersedih atas kehilangan orang yang dia sayang itu sangat berganja baginya. Dalam perjalanan pulang ke Ipoh seorang lelaki duduk di sebelah mengacau dia yang khusyuk membaca diari peribadi orang. Harith kata Firyal kena belanja dia makan kalau dia teka ending diari itu dengan betul. 

Penangan diari itu Firyal sampai propose Bai untuk bercinta. Yalah, takut nanti jadi macam kisah "Aku" dalam diari. Firyal tak mahu menyesal. Bai tolak, kawan baik dia ini sudah tukar status jadi IN RELATIONSHIP di FB. Adoilah Firyal. Nasib awaklah. Betulkah Bai dah ada kekaksih? Tak jadi Firyal nak gencatan senjatan dengan Bai. Bai yang baik hati ini, perkenalkanlah Firyal pada kawan dia, Harith, dek pemergian Bai ke Jepun lama. Mana tahu rupanya pemilik diari itu adalah orang yang bersembang dengannya di dalam train, kawan Bai pula tu. Apa nak jadi?

---

Ini bukan buku pertama aku sejak masuk tahun ini. No! Tak ingat buku mana yang first baca sebab tinggal kat kampung. Penat jadi orang bandar sampai tak sempat nak review. Eleh, alasan. 

Ambil masa 30 minit sebelum mula kerja dah habis satu Mat Diari. Bolehlah nak kata, menghiburkan pagi-pagi di office.

Yada~



Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks for reading.