Review: Aku suka dengan novel ni, tersangat suka. (mungkin ada part yang 'manis' terlebih yang tak berapa manis nak dibaca). Tolak tepi gitu-gini, ceritanya matang dan penuh dengan suka duka seorang wanita yang melalui hidup duka selepas 'manis' dihirup dek leka dengan cinta remaja. Aku suka dengan wrap-up cerita yang semua bersama mengecap bahagia ~kecuali adik Elman. Tak suka watak dia, tiba-tiba.
Permulaannya seperti yang boleh dibaca dari blog Acik Lana, flashback cerita bagaimana Bunga, pekerja syarikat emas bertemu dengan Kimi (Karl Hakimi), photographer ternama luar negara untuk projek promosi produk emas. Setelah 7 tahun mereka bertemu kembali, Karl Hakimi@Kimi boleh lupa siapa Bunga ni, (boleh gitu? Hempuk kalau dia betul-betul wujud). Mungkin sebab cinta sejati tak boleh terpisah, dalam lupa siapa Bunga ni, dia jatuh cinta kembali pada Bunga. Dan Bunga demi tak mahu kembali pada Hakimi dia hampir berkahwin dengan bos@taukeh emas~ Elman.
Gitu-gini, banyak perkara berlaku tarik-tali-caklempong-bla-bla (yang orang kata tak best, tapi aku rasa memang patut Bunga buat begitu pada Karl Hakimi. Syabas Bunga!). Best moment yang buat aku tersayat jiwa, pada pertemuan Kimi dengan ayahanda Bunga. Minta maaf plus minta nak kahwin dengan Bunga. Sikit sangat part tu. Mungkin sebab ada reaksi seorang ayah kan, ada rasa sangat sayu kat situ. Bayangkan 7 tahun berpisah dengan ibu ayah, tapi masih tersisih dan tak mampu nak maafkan anak tunggal dorang (sebab tak disebut bunga ada adik-beradik lain). Hati orang tua ni keras jugak sebenarnya. (Secara peribadi, aku harap bahagian ini dikukuhkan lagi).
Dan...aku tak suka adik Elman tu. Sila ambil perhatian~ hahaha. Kalau novel ini nanti adaptasi drama, aku pasti akan buat page Hater ADIK ELMAN. Wakaka, melawak je eh...
Kalau korang jenis pembaca-hentam-novel-jiwang-tak-Islamik kononnya, sila jauhkan diri 5 meter dari buku ini.Sebab ada part yang tak sesuai kot . Tema cerita ini dari sisi isu sosial remaja perempuan sekarang yang mudah beri cinta pada lelaki tanpa fikir kesan di kemudian hari. Tak siapa lari dari buat silap kan.
Bintang: 4/5
Tema cerita begini, mungkin korang boleh jugak baca, Untuk Semua Dosaku/ Rin Ahmad yang aku baru baca minggu lepas. Pun best jugak. Anthem/Hlovate aku belum baca, mungkin aku boleh bandingkan nanti (dengar macam lebih kurang sama tema).
___________
Reckless thing I do when my excitement jump over the top~There she goes again...
Jujurnya aku tak banyak baca Acik Lana, genre novel yang selalu aku pilih/ suka selalunya flow action-packed with lil bit romance.
Terjebak dengan Acik Lana sebab my aunt@Cikna@mak cik sebelah abi sangat minat pada penulis novel tangkap leleh ini. Whole collection. PYPAC pertama aku beli masa car-boot sales PNM/Perbadanan Kota Buku dua minggu lepas dengan harga RM33, dengan niat belikan untuk mak cik.
Kemudian, minggu ini bila dengar ura-ura buku limited edition ini bakal jadi last stock 2013. Aku jadi 'omaigosh, I need to get this fast.' ~
_________
TAWARAN~BARTER~SWAP NOVEL~
Sesiapa nak barter novel limited stock ni boleh tinggalkan email Tajuk: Kipas-susah-mati PYPAC. / YM(walau aku tau ramai tak pakai dah) Online most of the time untuk deal.
Limited edition PYPAC (bukan used-book)
RM33 + postage
~luar PJ IKUT HARGA POSLAJU
~kos penghantaran PJ (RM3)
Barter untuk novel, Syarat:
-Used akan tolak RM5 dari harga asal. Kalau baru, ikut harga pasaran.
-Kos anda hantar ke saya atas anda sendiri.
Contoh penulis: Hlovate's collection, Faisal Tehrani's, Rin Ahmad's, Syamnuriezmil's special collection, Nasz's, Syud's
Contoh publisher: Ideakreatif, Kaki Novel, Karyaseni, Jemari Seni, indie publisher Lejenpress etc
CARA kira:
(RM33+ kos penghantaran) - (harga novel anda-RM5[kalau used, tengok condition and publisher]) = Jumlah perlu ditanggung pihak anda/saya
cth: Untuk Semua Dosaku/Rin Ahmad (RM22-RM5 =RM 17.00)
Kos PYPAC - RM33+RM7 poslaju=RM40 - RM17 =RM23
*Anda perlu bayar cuma RM23 untuk novel ini beserta bukti pos novel barter di atas.
~diskaun buku/kos penghantaran anda atas budibicara saya
~Area PJ cash on delivery pun boleh.
~perlu diingat novel ni limited edition, masih baru (plastik tak buka lagi eh) - harga tu, emm...memang dapat mahal beb, sori...
________
Oh, lagi satu baru perasan semalam, Madam Lola (limauasam.blogspot.com) ada senaraikan blog ni kat sebelah pagenya, bawah label ulat buku novel Terasa, ~~wahhh~~ 1.Aku bukan ulat buku novel sangat pun 2. Blog iloveloaf sangat tak berapa umph... tapi ada gak orang macam ML yang nak list blog ni dalam blog diorang. Tenkiu-tenkiu. 3. Kami tak pernah kenal face-to-face, tapi tetiba terasa ada kawan baik baru pulak. Sama otak kot~perasaan sendiri/perasan sebenarnya~. 4.Buku-buku, review Madam Lola selalu aku baca, sebab ada masa selalu aku pergi library grab 1 buku. Kelakar baca review novel dari blog ML.
(edited on 3 Nov 2013)
oh my dear.. u buat akak terharu di tengah hari hari rabu.. hukhuhuhu...
ReplyDeleteMadam Lola: iye? -)o(- hoho~
ReplyDeleteok dah dapat jawapan soalan sblum ni kat sini..terima kasehh..heheh
ReplyDeleteassalam dik,ada lg ker novel PYPAC?
ReplyDeleteada lagi x novel pypac tu sis?
ReplyDeleteada kak...nak ke?
ReplyDeleteakak nak dik...
ReplyDeleteAs salam dik,akak dah buat pembayaran untuk 3 novel PYPAC + Pos
ReplyDeleteokey~ mesej diterima
ReplyDeleteroger&out. ha ha ha :)
salam,awk ade lg novel ni?sy nk 1 je,,
ReplyDeletesorry unknown~sudah habis
ReplyDeleteAda sesiapa yg nk letgo novel PYPAC ni? Kalau ada sila emel saya di:-
ReplyDeleteeyna.eryna@gmail.com
You didn't have extra copy? I really want to read the novel so badly.
ReplyDeleteSorry dear~ sudah tiada. Cubalah try kat FB pula... group Acik Lana ada banyak offer sewa/pinjam antara pembaca. Kalau bertuah,ada yang let go secondhand at reasonable /unreasonable price. I think you already know that this is Limited Edition right? :) ~ nak pinjam sy punya pun boleh,tp kita jauh camana...
DeleteAwk, kalau sy nak pinjam novel ni bleh tak?
ReplyDeleteBleh tak nak pinjam novel ni?
ReplyDeleteBoleh akak pinjam novel ni?
ReplyDeletedear nurulismail,
Deletebelum lagi...sy takut sebenarnya. dah bagi pinjam. orangnya hilang...
Salam, awak nk jual tak novel ni?? Kalau awak nk jual saya nk beli sgtt :((
ReplyDeletesalam awak bg saya pinjam buleh ta novel ni .. saya nak sangat tahu part last tu mcm mna .. please
ReplyDelete