Seorang tokoh ilmuan Islam Hasan al-Basri yang meng'compile' zikir Mathurat pernah memberikan nasihat seperti di bawah:-
- Kamu mempunyai giliran, jika kamu tertinggal, orang lain akan mengambil giliran kamu.
- Dunia ini adalah mimpi dan impian, akhirat adalah kenyataan, mati adalah perantaraan antara kedua-duanya, umat Islam adalah sebaik baik pilihan
- Sesiapa menghisab dirinya dia akan berjaya
- Sesiapa yang lalai dia akan mengalami kerugian
- Sesiapa memandang kesan di sebaliknya atau akibat, dia akan terselamat
- Sesiapa yang mengikut hawa nafsu dia sesat
- Sesiapa yang dapat mencapai impiannya dia akan kaya
- Sesiapa takut, dia akan selamat. Sesiapa yang mengambil pengajaran dia akan dapat melihat kebenaran
- Sesiapa dapat memahami, dia akan alim
- Sesiapa dapat memahami, dia akan beramal
- Jika kamu tergelincir, mulakan semula perjuangan kamu
- Jika kamu menyesal, buanglah perkara itu
- Jika kamu jahil, tanyalah
- Jika marah, jagalah diri kamu
- Ketahuilah sebaik-baik amalan ialah amalan yang dibenci oleh nafsu.
Harian Metro, Jumaat (2013, 10 Mei)
0 comments:
Post a Comment
Thanks for reading.