Assalamualaikum wbt
Bismillahirrahmanirrahim
Sori dear, semoga sihat-sihat selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah. Aku segan sebab kamu selalu beri input yang beredar sekitar hidupmu tapi aku jarang berkongsi ilmu yang boleh dipraktikkan sangat. Dunia aku cuma buku, buku, buku, internet, kampung ~so, not much going on. Tapi...mungkin kalau kamu ada masa, aku nak kongsi tentang satu buku yang dibaca beberapa bulan lepas.
Kembang=bunga (dari definisi kamus Jawa yang aku selalu dengar)
Kata puitis diambil dari buku ini,
Gary bukan nama sebenar,asal dari perkataan gari belenggu besi yang polis guna untuk pesalah undang-undan atau nama sebenar Hail Amir bin Pee Ramlee. Senyum lebar. Mungkin ini nama watak novel yang diharap untuk nampak logik. Lelaki awal 30-an. Jalan ceritanya tak cliche, kenapa? Sebab akhirnya hero/Gary/Amir tak akan kahwin dengan cinta hati yang dipuja-pujanya.
Kembang=bunga (dari definisi kamus Jawa yang aku selalu dengar)
Kata puitis diambil dari buku ini,
Seberkas hidup kita bahagi dua; seikat untuk cita-citamu dan seikat lagi untuk mimpiku....dan cita-citamu dan mimpiku kita ikat semua dalam berkas yang sama.
Gary bukan nama sebenar,asal dari perkataan gari belenggu besi yang polis guna untuk pesalah undang-undan atau nama sebenar Hail Amir bin Pee Ramlee. Senyum lebar. Mungkin ini nama watak novel yang diharap untuk nampak logik. Lelaki awal 30-an. Jalan ceritanya tak cliche, kenapa? Sebab akhirnya hero/Gary/Amir tak akan kahwin dengan cinta hati yang dipuja-pujanya.
Tajuk: Seikat Kembang Merah/ Imaen
Publisher: Jemari Seni
Pernah dengar cerita tentang seorang pemabuk yang diberi hidayah kerana menjaga nama Allah? Kisahnya popular, rasanya mungkin boleh dibaca di mana-mana. Beliau walaupun seorang pemabuk, kerana satu kebaikan kecil menjaga cebisan kertas dengan nama Allah, darjatnya diangkat menjadi mulia. Maaf aku cuma mampu Google namanya, nanti bila ketemu dengan buku kisahnya aku kongsikan. Kisah Bisyir bin Harits di lorong gelap dalam keadaan mabuk, mengutip cebisan kertas dengan kalimah "bismillahirrahmanirrahim", lalu dibersihkan dan disimpan dengan wangi-wangian. Sejak itu dia bermimpi dan hidupnya dipimpin oleh Allah sehingga dia menjadi wali. Kisah seorang wali menjadi inspirasi Imaen menulis Seikat Kembang Merah, katanya.
Berbalik pada buku Seikat Kembang Merah, permulaan kisahnya hampir menyerupai kisah wali Allah Bisyir bin Harits. Cuma watak lelaki ini, cuma fiksyen, yang mendapat hidayah dengan menjaga kertas yang dipijak-pijak di lantai surau semasa dia singgah untuk qada hajat. Lalu, beberapa ketika selepas itu dia bertemu seorang gadis alim, Nur Tahani dan jatuh hati pada gadis solehah itu. Kejahilannya membawa pada pelbagai rancangan untuk memikat si gadis. Dari pencurian terancang di farmasi sehingga ilmu hitam. Titik pertemuan dengan gadis itu, dia bertemu dengan pelbagai insiden yang menjadi titik-tolak dia menjadi baik semula. Pelik kan? Hidup ini teratur bila kita mula dekat dengan Tuhan...
Amir (namanya di dalam buku ini ditukar kepada Gary) -kerjanya penyeludup kecil-kecilan. Sambil berniaga kedai dobi berdekatan kedai farmasi gadis itu. Dia pemabuk tapi bukan kaki perempuan kerana dia ada seorang awek cun nama Nina. Bekas pelajar sekolah agama, lulusan universiti dengan rekod jenayah pencuri kasut masjid dan dalam buangan keluarga. Bukan ciri watak klise.
Itu bukan satu-satunya sebab aku suka dengan buku ini, Imaen kalau menulis memang penuh humor, ringan tapi mantap dengan pelbagai ilmu terselit. Buku ini,sedikit cinta, sedikit aksi dan sedikit motivasi. Awalnya aku ingat namanya hanya Amir. Kelakarnya tengah-tengah baru aku faham kenapa namanya dijenakakan oleh semua watak. Nama sebenarnya Hail Amir rupanya.Lampi~ dah separuh baca baru faham. Pengakhirannya adalah sesuatu yang aku langsung tak jangka. Bukan dalam imaginasiku~ya, sangat realistik . Sebab hampir keseluruhan cerita tentang Nur itu dengan Gary.
Kisah Gary rela dipenjara kerana tidak mahu berkahwin dengan Nina juga persis kisah ulama terdahulu yang rela dipenjara kerana tak mahu ikut telunjuk pemerintah.
Kisah Gary rela dipenjara kerana tidak mahu berkahwin dengan Nina juga persis kisah ulama terdahulu yang rela dipenjara kerana tak mahu ikut telunjuk pemerintah.
Mungkin kamu perlu bersedia minda, sebab Imaen menulis kadangkala dalam nada sinis ringan~tentang situasi politik, sosial, ekonomi (sebab beliau juga dari latar ekonomi UM) semasa. Kadangkala seperti tergigit cili pun ada. Lagi2 kita lepasan 'universiti yang semuanya bumiputera'.
Dear~kamu suka dengan FT, jadi aku rasa Imaen mungkin orang sesuai untuk pengganti karya FT. FT menulis dalam bahasa sastera, begitu juga Imaen. Cuma gayanya mungkin berbeza dari segi nada, mungkin? Yang pasti terhibur membaca buku ini. Usai membaca buku ini,aku terus menerjah blognya dan membaca sehingga entri pertamanya. Untuk aku, ianya 'refreshing~'
_____________________________
Situasi yang pernah kita lalui. Singgah di surau/ masjid untuk solat atau mungkin hanya untuk kencing saja. Adakah masjid tempat qada hajat saja? Bukan untuk dimakmurkan dengan mukmin/ah. Apabila jumpa kertas ayat-ayat Quran atas lantai, adakah kita tergerak mengambilnya dengan wudhuk dan meletakkan ia dalam kotak dengan wangian. Atau, mungkin lepaskan saja tugas itu pada orang lain sebab kita tiada masa.
Cubalah lepas ini kalau singgah di masjid, cubalah buat solat sunat dua rakaat baru keluar. Bukan sekadar melepas hajat.
Anehnya kita sering membandingkan 'Islam'nya negara lain, sedang negara ini kurang nampak 'nur' nya. Tapi alangkah bagusnya kalau kita mulakan dari diri sendiri (termasuk saya yang bercakap.Saya malu dengan diri saya~) Masyarakat kita bukan tiada orang yang baik sebegini, tapi yang baik itu kurang jelas di mata umum, mungkin kerana kita sering menuding jari dan menghakimi orang jahil seperti Gary.
END
Nice review! Buat rasa nak baca novel ni la la ni juga :D
ReplyDelete@airina: Haa~beli, baca dan buat simpanan kak--pastinya ini novel umum yang boleh dipegang anak2. ha ha :) .Jzk kerana sudi menyinggah~terasa sangat berbesar hati (nak terlompat-lompat rasanya).
ReplyDeleteMenarik... Noted..
ReplyDelete@madam lola~ ya, sangat menarik dan menginsafkan.
ReplyDelete