Judul: Dah Jodoh
Penulis: Iman Nizrina
Penerbit: Kaki Novel
Asal: Pinjam dari library.
Ulasan:
Mood membaca down~~sebab ada satu buku yang sangat sayang nak dihabiskan pembacaannya~ too beautiful to be ended (pelik). Jadi memberhentikan pembacaan sehingga ketemu buku ini. Ringkas~nipis je 400++ ms,terfikirkan mungkin boleh 'boost' mood sementara.
~~Cerita kahwin (ter)paksa, tapi tak ada adegan benci-membenci. Bagus! Nuqman dari awal memang karakter dia suka mengusik, memahami dan gentleman (gitu) tapi kemudiannya jadi seorang yang lebih manis (romantik) dan cepat marah (mungkin juga kuat cemburu) lebih-lebih lagi apabila watak Hasni muncul. Yang paling tak boleh blah, bukan setakat Nasira kena marah, mak dia sendiri pun dia buat muka. Cess...hilang cool. Macam budak-budak (boleh tau umur dia berapa dalam novel ini? sebab macam tak dinyatakan).
Saya perasan sejak awal mereka berdua ni sudah ada hati satu sama lain-- too obvious. Tapi macam masing-masing lambat sangat nak jadi macam pasangan normal. ~ but I'm cool. Baca je sampai ending.
Kalau tengok latar masa dapat agak mereka kahwin hampir setahun rasanya. 6-7 duduk rumah mertua, lepas itu berbaik dengan mak ayah Nasira, 2-3 bulan lepas tu baru nak buat kenduri. Alahai~rasa macam sekejap je pun.
Keseluruhannya saya boleh kata novel ini tak membosankan sangat (walaupun ada orang kata pet names tu nampak ~eww. Yes! Setuju...bahagian tu saya setkan di otak, B-Nuqman> Abang ; Love-Nasira> Sayang.) Memang seksa nak bayang mereka tuturkannya. Tabahkan mata membaca.
0 comments:
Post a Comment
Thanks for reading.