Saturday, December 21, 2013

Review: Gadisku Wan Adnin

Judul: Gadisku Wan Adnin
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: JS Adiwarna

Ulasan:
Salam,
GWA~ Sangat menarik untuk dibaca. Saya sangat mengesyorkan novel 300+ mukasurat ini untuk semua remaja di luar sana. (ibu bapa pun boleh juga)

Sinopsis:
Adnin seorang gadis muda yang hidupnya seputar keluarga, kawasan rumah dan kerja menekat benang emas pada songket dan kraftangan lain. Walaupun ada ijazah dari Universiti Sains Malaysia, hasrat Adnin untuk bekerja di luar ditegah Wan Suhaidah, nenek kandungnya dari sebelah ayah kerana takut Adnin akan menjadi liar dan meninggalkannya seperti anaknya yang lain. Walaupun masih mempunyai ibu dan bapa~hidupnya seperti anak yatim, oleh itu dia dijaga rapi oleh neneknya.

Kisahnya bermula daripada panggilan seorang lelaki dari zaman universiti yang tidak dikenali (Akhtar), walaupun ramai jejaka sudah masuk merisik, semuanya Wan Suhaidah tolak kerana pelbagai alasan~ pangkat, keturunan, tempat tinggal jauh dsb. Adnin pula lebih senang mengikut kata Wan Suhaidah kerana sayang pada neneknya itu.

Permulaannya Adnin tidak senang pada tindakan Akhtar yang semberono menelefon neneknya dan membuat namanya busuk di depan neneknya. Lama-kelamaan dia jadi senang dan jatuh suka pada budi bahasa dan sifat Akhtar yang menyenangkan hati. Namun terlambat, apabila neneknya sudahpun menolak awal-awal pinangan Akhtar.Wan Suhaidah menjodohkan Adnin dengan jejaka yang sempurna pada matanya. Lalu Adnin hampir berkahwin dan cintanya pada Akhtar hampir lenyap begitu sahaja. Berlaku insiden yang menukar pandangan hidup nenek Adnin 360 darjah.

Pengakhirannya, sudah tentulah bahagia untuk mereka berdua. Kelakar bila nenek Adnin merancang untuk menyatukan kembali Adnin dan Akhtar tapi masih mahu menjaga air mukanya sendiri. :)


Saya tersengih lebar pada pantun yang Akhtar karang untuk Adnin, (sangat bersungguh-sungguh cubaan Akhtar mencuri hati gadis pingitan ni). Lagipula, dia mengungkapkannya pada Adnin nun di seberang jalan.

Benang perak, benang baldu,
Mari menekat atas paya;
Pandang awak, hati rindu.
Mari dekat pandang saya

Walaupun novel ini latar masanya zaman moden, entah kenapa saya rasa membacanya dalam mod filem hitam putih. Lalu ada latar bunyi filem 60-an P. Ramlee. Kadang-kadang saya rasa mengantuk juga~lebih-lebih lagi pada sikap pasrah Adnin, sewaktu Adnin selongkar bilik dan baca surat lama, dan pada kisah sejarah Terusan Wan Mat Saman tu. Tapi penulis Noor Suraya ternyata tak menghampakan pada titik yang terakhir. Puas hati rasanya menghabiskan naskhah ini.

Kesan novel ini pada saya, tiba-tiba saya jadi 'alert' pada mod 'gadis sopan'. Duduk menyimpuh, cakap berlapik, jadi patuh pada orang tua, jadi suka pada sejarah etc. (ha ha :) pelik)
Manis? Ya. Comel? Tak kot~~ Kerana Adnin sangat matang walaupun masih muda.
Tiada rasa benci pada sikap mengongkong Wan Suhaidah.

Masih adakah gadis yang patuh 100% kehendak orang tua di luar sana? Asyik-asyik kita dengar kes remaja lari rumah sebab cinta. Segala hal cinta pasti ada yang upload di Youtube, Facebook dsb. Hilang sungguh sifat malu~~seperti tak terdidik dengan adab sopan. (Nak kata saya baik tu, tidaklah. Tapi sekurang-kurangnya saya takkan dan tak pernah buat sebegitu. InsyaAllah.)

Harus baca ya!

ps: Review ini macam skema. Tak tahu kenapa. ;)
Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks for reading.