Saturday, March 22, 2014

Kekasih Untuk Dia oleh Nueen




Tajuk: Kekasih Untuk Dia
Penulis: Nueen (pseudonym Marissa)
Terbitan: Teratak Kasih 
Tahun: 2014
Harga: RM28
Tarikh baca: 22 Mac 2014



Novel ini akan buat anda gelak sentiasa kalau tak pun sengih dan sentiasa nak ketuk-ketuk kat kepala atau dinding atau meja atau lantai.

2 bintang campur 0.5 bintang sebab Azian baik sangat.
_______
Azian Yuhanis seorang gadis pulau yang baru memulakan kerja di Menara Holding sebagi PA kepada Hazrul Effendi, CEO. Baru bekerja si gadis sudah diberi pelbagai perhatian. Silap besarlah si CEO apabila gadis manis ini lambat tangkap sama ada bayangan tersurat apatah lagi yang tersirat tentang isi hati Hazrul kepadanya. Dek kehidupannya yang sukar sebagai yatim piatu ditambah dengan layanan teruk dari Mak Ngahnya yang kerap mendera, menjadikan Azian tidak menaruh harapan pada apa-apa, hanya sekadar cukup makan 3 kali sehari dan hidup aman pun dia sudah puas hati.

Kalau anda baca tapi tak rasa nak ketuk-ketuk si Azian supaya sedar-memang tak sah. SERIOUSLY! Lampi sangat dia ni. Adoi.

Di tempat kerja, walaupun bos backup kat belakang Azian, masalah heroin adalah mereka selalu ada orang yang cemburu. Anda akan tak senang duduk dengan sikap si Hilda yang bermulut puaka. Kemudian, disambung sikap terdesak Puteri Zahra, -anak Tan Sri lagi satu (pemilik Menara Holding-->tak jelas jawatan apa). Dah tu mama Hazrul pulak minta 'tolong'.

Kali terakhir baca buku seperti ini adalah waktu baca Biar Cinta Bertaburan. Serius novel tu pun terhibur baca, sangat. (tapi mungkin akupembaca yang pelik dan keliru akhir-akhir ni). Nasiblah si Azian ni lurus bendul, apa yang bos cakap turutkan saja. bersangka baik selalu, setiap kata-kata manja bos/ godaan dari bos dia anggap macam suatu gurauan semata. (kalau aku dh lama buat report sexual harrassment) Encik Hazrul ni pula walaupun dah jatuh hati tak ada sampai nak rampas kesucian Azian (walaupun dorang dok serumah gara-gara penipuan kahwin kat London~alkisah)

Dan segala aksi lepas berkahwin dan semua ayat double meaning buat aku lemas. Sikit2 boleh tersipu-sipu lagi, tapi dah kalau setiap kali begitu...ini boleh mendatangkan meluat. Terfikir juga, ada saja dialog horny diorang.[tak bathtub, katil, tak katil, ok...rasanya banyaknya tang tu ja] Puan penulis, kalaupun itu yang pembaca sukakan tolong jangan beri selalu. Sungguh,risau! Adeh, pedih. Maaf ya... -tolong jangan bash saya.please.

Fikirkan kembali ini novel pertama Nueen@Marissa yang pernahku baca. Agak terlambat nak update dengan novelis popular Teduhan Kasih ni, walaupun dramanya meletup dulu...I think this book make his own path towards me...eceh.romantis sangat. Kalau tak, tiadalah sanggup berhabis RM28 untuk buku yang tak pernah ada hati nak baca.Jadi wahai buku, anggaplah kau sangat bertuah. Berjodoh tu sesuatu yang aneh.

Amacam. Puas ati jadi rajin???--->cakap kat diri sendiri
-----

Novel ni sudah pass pada orang lain. No longer in my posession. :)
Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks for reading.