Thursday, April 24, 2014

Review: Langit Tetap Biru/ Syud [ Original from Damai]





Tajuk: Langit tetap...biru. (Ori: Damai)
Karya oleh Syud.
Terbitan: Jemari Seni.

Sinopsis:
Ingat-ingat lupa bagaimana sinopsisnya. Beginilah~

Zahra ada pendam perasaan pada seorang budak lelaki nama Fikri satu kolej dengannya. Suka tapi tak sampai tahap obses yang menangis cuma kadangkala Zahra suka pandang wajah budak ni. Sayang, budak tu dah pun ada kekasih hati.Yang juga kawan kepada kawan baiknya (kawan atas kawan lah gitu@kenalan perempuan). Soalnya kenalan perempuan itu pun bukanlah baik sangat. Dia pun kayu-tigakan si Fikri yang baik hati ni. Zahra geram sebab Fikri tak sepatutnya suka pada kenalannya tu. Zahra nak beritahu pada Fikri ketidakadilan yang berlaku, tapi siapalah Fikri itu pada dia. Yang penting Fikri tu tak kenal pun dia siapa.

Kisahnya, sebab tak puas hati Zahra pun tulis satu cerpen dan letak di forum (tak ingat), cerita seorang lelaki yang kena tinggal dengan kekasihnya sebab perempuan itu nak bersama dengan orang lain dan bagi alasan lelaki itu terlalu baik untuk dia. Tapi cerita Zahra tergantung sampai situ saja. Zahra dah tiada idea. Tajuknya cerpen tu 'Langit tetap...biru'. Menariknya nama watak lelaki Zahra karang, sebijik nama penuh Fikri. ~

Satu hari Fikri tu putus dengan kenalan perempuan ni. Zahra jadi cuak sebab tulisannya jadi kenyataan. Zahra jadi tertanya-tanya adakah si Fikri ni dapat tahu tentang cerpennya tu?
~~

Masa berlalu bertahun, masing-masing dah kerja, kisah cerpen itu tertutup begitu saja. Suatu hari si Fikri ni boring Google nama sendiri dan terjumpa cerpen Zahra (kot) dan dia pun emel Zahra tentang pengakhiran cerita itu. Sebab dia pun nak tahu (curious). Lagi satu dia nak kenal dengan penulis yang mungkin dia pernah jumpa. Sebab, nama watak tu sama dengan nama dia.

Si Zahra pulak terkedu. Waktu itu Zahra dah lupa langsung. Mula-mula dia panik, sebab takut Fikri ni kenal dia. Tapi akhirnya dia balas juga emel Fikri tu. Apa yang Zahra balas? Kena baca.
~

Selepas itu Fikri dan Zahra terserempak beberapa kali, ada reunion, kenduri kahwin dan macam-macam lagi. Dan di situlah jodoh mereka ni bertaut kembali. Ceritanya panjang lagi. Walaupun tak sepanjang sebuah novel 400ms. Tetap banyak kisah yang nak diceritakan.
~

Komen (spoiler alert):
Apa yang menarik?
1. Suka dengan adegan Google nama sendiri. Siapa pernah buat? hihi...Jangan tipu.
2. Ringkas dan tak perlu banyak fikir.
3. Zahra ada blog sendiri, tapi isinya banyak gambar saja. Yang kemudianya jadi modal Fikri untuk kenal Zahra. Sure, bab kek harijadi tu sangat wahhh~~pengsan.
4. Adegan masa barbeque dan kes Zahra yang hampir accident sebab panik.
5. Cerita Syud yang tak sampai habis. Cuma dihujung pejabat pos tapi rasa segala-galanya sudah lengkap.
6. Tak perlu nak pegang-pegang tangan untuk tulis cerita kisah cinta. Drama pun tak perlu. Tiada watak antagonis yang membencikan.

Still, I felt that everytime I read her I've become a hopeless romantic and light-hearted. Hilang stress.

ps: hanya cerita ini yang saya baca dalam kompilasi Damai. hehe~
ps2: Tahun lepas masa saya baca cerita ni, saya ada whatsapps kawan saya nama Sumaiyah. Tak tahulah dia ada cari atau tidak. Really excited that time. :)) Hope you're already read it.

Share:

4 comments:

  1. Replies
    1. I want to be anonymous so much.
      last time ak google nama sendiri. I saw your post with my full name.
      ...so much for being anonymous. Alahai :(
      dah terkenal sudah. ;)

      Delete
  2. sy peminat syud. tp i live in sarawak, so susah nak carik or request for her books or writings

    ReplyDelete
  3. Hi anon, boleh beli online, kan? Sy ada 4 buku syud. 3 daripadanya adalah material book. 1 ebook - e-sentral. early days sy kenal syud sy baca online thru PNM ebook reader, or pinjam dari public library. -Apalagi sekarang Jemari Seni tengah sales 1/2 untuk older publication. Suit you well. harap itu dapat jawab persoalan awak.

    ReplyDelete

Thanks for reading.