Friday, June 27, 2014

Review: Vice Versa/ Ednin





Judul: Vice Versa
Penulis: Ednin
Tahun terbit: Jun 2014
Penerbit: Jemari Seni

Uzair kehilangan adiknya dalam kemalangan motosikal yang dibawa teman baiknya, Ezzaq 10 tahun lalu. Sejak itu dia membenci Ezzaq dan berubah menjadi lelaki dingin. Segalanya tentang Ezzaq dia benci. Walaupun keluarganya sudah memaaafkan perbuatan Ezzaq, Uzair masih menyimpan kemarahannya sendirian.

Sewaktu pulang ke kampung, Uzair dan Aki(teman sekampung) bertembung dengan Ezzah, adik Ezzaq. Ezzah tidak tahu kisah kemalangan Hazirah. Dia pelik apabila Uzair selalu mengelak dan bersikap negatif setiap kali dia cuba berbuat baik/menegur Uzair. Berang dengan sikap Ezzaq yang dengan beraninya menengking Ezzah sewaktu kenduri, Ezzah bertindak mengenakan Uzair dengan telur. Sangkanya Uzair akan meneruskan 'misi perang' mereka. Tapi sebaliknya berlaku, Uzair menghantar rombongan merisiknya. Terkejut dengan tindakan itu Ezzah berhadapan dengan Uzair. Walaupun sikap Uzair yang dingin meragukannya namun Ezzah tetap menerima pinangan Ezzaq.

Uzair masih bersikap endah-tak endah terhadap pertunangan mereka dan seringkali tidak peduli pada Ezzah, sangkanya perbuatannya itu dapat membalas dendamnya dahulu. Tapi sikap proaktif Ezzah untuk bertemu dengan Uzair dia bercuti dari kapal menemukannya dengan motif Uzair yang sebenarnya. Dendam. Ezzah tenang menerima cabaran Uzair.

Jika Uzair rasakan perkahwinan mereka suatu dendam, Ezzah juga akan melakukan yang sama. Dia takkan lemah. Vice versa, katanya. Lalu mereka berkahwin dan Ezzah sedaya upaya melaksanakan misi 'dendam'nya juga.

-----------

Komen:
Jika ini sebuah cerita tentang dendam dan kemaafan, tema itu agak kabur pada saya dan agak hambar. Jujurnya saya suka naskhah ini pun, saya tak tahu kenapa. Kemarahan Uzair pada Ezzaq dan keluarganya tak terlalu dramatik, 10 tahun itu sudah lama dan kebanyakan orang sudah berjaya mengubat hati yang luka. Mungkin sebab itu tiada yang terlalu dramatik pada perbuatan Uzair. Dia tidak selalu marah-marah (selepas kahwin) cuma dingin saja dengan Ezzah. Atau mungkin kerana saya sukakan penulisnya kerana rasanya komen ini yang agak negatif untuk 4*.
Kisah basikal,Langkawi, kapal di Tokyo etc. itu ada manisnya sendiri.

Saya akan tunggu kisah Along - sebab ada 'hint' ...
____
Sambungan tak berkaitan: Jika membandingkan karya ini dengan 'Si Hoodies Pink', rasanya si Hoodies pink itu lebih menarik. Pada saya dendam itu perlu lebih 'dark' lagi, buku terlalu banyak pelangi ;) . Saya tak dapat selami jiwa Uzair dengan jelas. Kebencian itu tidak segelap yang saya bayangkan.


Tahniah untuk novel bercetak pertama.
Share:

16 comments:

  1. Hebak! Pengkritik novel.. betul2 pengkritik novel? ke memang writer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. No.no.no.Cuma hobi. Blog ini takde arah masa mula2 buat. Hidup saya bosan dan menceritakan hidup yang bosan itu lebih membosankan. Tak spt KA yang warna-warni, hari2 ada perkara menarik. Ulas buku itu kegembiraan kedua selepas baca, (ketiga-tidur&berangan). Writer...cuma di sini. I'm nobody, for now. I hope... :)

      Delete
    2. haha..tapi saya agak cemburu la kt orang2 yang boleh baca novel tebal2 dalam masa singkat.. saya kalau betul2 boleh blah y kne ngan jiwa baru saya baca.. last baca novel ape tah pasal budak setan tu y jd movie.. tu pun baca masa sekolah menengah..wakkakakaka. Hidup saya berwarna warni? ha ha ha..mungkin apa y saya tulis tu hiperbola.

      Delete
    3. Toksah jeles bagai, ikut individu la~kalau bagi sy kamera dok pusing KL yang jem&panas terik hanya untuk tangkap gambar mungkin tak mampu...n sy tak/mungkin tak terlintas nak baca budak setan dan novel2 yang tragedi/TERlampau sedih begitu...terlalu tragik kot pengakhirannya. <--bc review orang.

      Delete
    4. :D tengok, reply komen pon macam tengah review novel. hehe. Dah nak buat cemana, itu je novel yang saya baca..

      Delete
  2. jemari seni punya buku boleh tahan best best jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chqz.setuju ;) walaupun ada beberapa yang tak masuk jiwa...jujur kebanyakan terbitannya saya suka. Paling penting pembaca akan rasa yakin, sebab JS punya buku 'bersih' unsur 18 ke atas. (setakat ini). haha

      Delete
  3. Eh macam mana pernah baca review ni di GR. Hehehe. Again, I find this review is good for me. Terima kasih awak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. keep up writing sis... :) sekali lagi terima kasih untuk autograf. haha~ *malu*

      Delete
    2. gr=goodreads, macam fb=facebook.

      Delete
    3. Oke..maafkan saya. Saya budak baru belajar kalau salah tolong jolokkan. (gedebuk jatuh)

      Delete
    4. its ok la~ try la sign up. kekadang sebagai booklovers/non-booklover who actually 'read'. GR lebih relevan berbanding fb yang 'mainstream' dgn childish behaviour. manatau jumpa sesuatu berharga...

      Delete
    5. hehe..okay then. Saya sign up.. hopefully adalah yang boleh mendakap jiwa yang keras ni untuk kembali membaca novel tebal-tebal tu. :P

      Delete

Thanks for reading.