Friday, July 4, 2014

Kumpulan Cerpen 40 oleh Arif Zulkifli

Judul: Kumpulan Cerpen 40 (Edisi Terhad)
Penulis: Arif Zulkifli
Penerbit: Fixi

Pengalaman membaca;
Pertamanya, aku bukan geng buku indie apatah lagi cerpen. Pilihan buku aku selalunya kalau bukan buku motivasi atau agama mungkin akan lebih cenderung pada novel cinta yang melambak di kedai. Kadangkala aku akan pilih juga biografi tokoh, tengok mood. Sebab indie bahasanya 'ganas' dan kasar dan lucah, ada yang konon deep mendalam mesejnya sampai aku tak faham langsung! (ps: aku bukan masochist untuk menyeksa diri sendiri).Cerpen pula terlalu pendek untuk dibaca. Jadi buku ini wa cakap sama lu adalah salah satu misi mencuba dan cabaran buat diri sendiri (wow, aku memang suka cabaran!*rolled eyes)

Untuk lebih cabaran buku ini aku baca semasa naik bas percuma PJ City. Sesambil mengelilingi bumi Petaling Jaya sehingga destinasi akhir. Dalam sesak orang kita (mungkin lebih banyak warga asing) buku ini pilihan yang terbaik. Aku cuma baca buku ini semasa naik bas, ya. Jadi sesampai ke destinasi aku cuma dapat habiskan beberapa cerita. Rutin baca buku ini berterusan untuk seminggu sampai aku habis baca. *untuk dapat duduk dan baca itu bukan mudah.

Anehnya, dalam kesukaran (naik bas yang sesak) itu aku masih berupaya mengatakan yang aku sangat enjoy kumpulan cerpen 40 ini. Sangat! Setiap cerita berbeza walaupun ditulis orang yang sama, mempunyai cara menulis yang berbeza dan tersendiri. Mungkin Arif Zulkifli ini seorang yang ada  personality complex. Hampir setiap cerpen itu ada jiwanya. Ada mesej, ada cerita, ada mengarut. Walaupun ada beberapa cerpen yang aku rasakan biasa-biasa saja dan ada yang terlalu 'overdressing'. Ia tetap menarik.

Aku akan cari koleksi Arif Zul lepas ini. Kalau dia buat buku lain. Sebab rasanya ini antara karya solonya yang pertama.

Pastinya anda wajar cari buku ini, haha, kalau adalah di pasaran lagi. Perhatian ya, buku limited edition ini RM50 /3 semasa minggu PBAKL dan harganya mencecah RM100 sekarang. Konon, nak bangga sebab ada buku ltd ecition gitu. [gelak kuat-kuat]

Nota: [kumpulan cerpen] 40 adalah sebuah koleksi certot yang ditulis menggunakan tajuk-tajuk 40 buku bahasa melayu yang pernah diterbitkan oleh Fixi.

_________________________

Ulasan yang bukan ulasan di GR:

Dengan tak mengikut urutan, ini apa yang terlintas di fikiran, mungkin ini review bodo2. Jadi takyah nak harapkan sesuatu dari review ni:-
1.KOUGAR
Mimpi dalam mimpi. Mak cik psiko! Hati2 kalau jadi anak ikan.
2.DENDAM
Sindarella. Favorita. Aku suka bedtime story yang diolah. Kejam dan sadistik. -->Aku sadis ke? Oh, NO!
3.KASINO
Ayat dia MAKAN DALAM! Apa kes orang pakai tudung pi kasino berjudi.
4.SUSPEK
Certot pertama aku terjah. (Cerita dia lain, bukan cerita Suspek tapi tema yang sama--pastu aku agak yakin nak buka yang lain. Sebab konfem tak ada rasa sesuatu yang tertinggal)
5.NGERI
Ni kalau aku guna certot ni buat karangan BM, SPM, sure dapat A. Mak, ayah takda. Tutup pintu rumah ya adik2.
6.Pecah
Kisah sinis. Haji Kassim yang tangkap orang pecah tabung masjid. HARAM.
7.CEKIK
Letih. Suami yang tak berterima kasih memang patut dicekik. Eh, takut?
8.JERAT
Kita sebenarnya boneka yang dikawal oleh tangan ghaib.
9.ZOMBIJAYA
Telefon dan segala gajet tu akan jadikan kita zombi. Masyarakat perlukan terapi.
10.TABU
Klise drama. Muntah pelangi bila dua-dua masuk tandas lelaki. Ew!
11.KELABU
Hidup bukan permainan. Kita tak terperangkap dalam dunia virtual. Life is life.
12.BISIK
:) Teringat, dulu ustaz/pak cik pernah ajar doa agar tak leka bila mula solat. Khusyuk itu hanya sesetangah orang je yang dapat.
13.INVASI
Mula-mula cerita pasal KL takde lagi darah dara. Kemudian ada isu Putrajaya dan makhluk penghisap darah...er ni politik ke? -
14.DOSA
Orang yang paling alim pun tak lepas dari dosa.
15.LICIK
Politicians have the most twisted tongue in society.
16.HILANG
Teringat quote T Alias Taib
17.MURTAD
Terkedu. Muhasabahlah wahai penganut lama.
18.SUAMI
Kesian. :'( Aku suka metaforanya.
19.ISTERI
-Harmoni.
20.GERGASI
:) Makhluk besar bukan gergasi.
21.MENTAL
Ish2, mental. haha
22.MANGSA
Mungkin saya suka Sindarella. Tapi olahan Rosa,Red Ridinghood & Serigala ini sangat menakutkan dan kejam.
23.SUMBAT
Mengumpat itu macam kita makan daging saudara sendiri. Apa kata kita buat saja Roslan goreng tepung dan daging sumbat Mosnah masak lemak saja?
24.ASRAMA
"Satu belum tidurrr...". Klasik.
25.TUHAN
Menghakimi macam yakin sendiri syurga dah confirm dalam genggaman.
26.ILUSANTI
Siapa dia Arif Zulkifli? Dia macam ada banyak watak dalam dirinya. Memang ni karya solo dia saja, kan?
27.AJAIB
Ini Fantastic Fourkah? Satu-satunya buku Fixi yang mungkin takkan aku baca nanti. Terima kasih.
28.PARANORMAL
Tadi Fantastic Four, yang ini serigala jadian. Apa sajalah.
29.KATARSIS
Katarsis="pembersihan" atau "penyucian" diri, pembaruan rohani dan pelepasan diri dari ketegangan. Budak ada masalah jiwa yang diselesaikan dengan cara yang dia faham.
30.INFANTISID
Pembunuhan budak/bayi kecil.
31.SAMAR
Kesian. :(
32.SERONOK
Kesian. :(
33.KASYAF
Usaha kita boikot Israel? Kasyaf. Budak pun faham.
34.GANTUNG
Kisah Amanda Todd memang popular. Pertama kali aku dengar ceritanya bila tengok video ini awal tahun lepas. Buli tak cool ya adik-adik.
35.KOYAK
Bagi aku yang ni serius seram. Macam baca Mastika pun ada. :)
36.KACAU
37.PINJAM
Ayat terakhir dia tu, pergh :)
38.SIONG
Yang ni konfius. Putus fius ke apa ni? -Jadi ini cerita pengakuan perempuan bersiong.Jadi??? Kena baca balik.
39.AWAN
40.SANTURIA
Macam main game pulak. Macam pernah tengok anime sebiji 'feel' begini

Sekian, terima kasih kerana membaca :)


Share:

10 comments:

  1. Pergh..sekali lagi berdirinya saya di sini untuk melahirkan rasa kagum dengan cik Soleh. Kagum mencelah sambil membaca buku satu hal, kagum kerana review yang cenonet tu hal yang lain!. Canne blog saya sekarang? okay? stanzaku satu langkah untuk hubungan yang lebih serius...dengan dunia blogging dan photography...maybe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh...blog makin mantap. boleh amik tips dari KA.

      Delete
    2. eish..ape y mantap tak tahu dia ni..

      Delete
  2. mantap itu jawapan standard. haha... eleh. merendah diri kunun~ jap, amik masa belek satu2 semua features/widget etc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uik? gtu pun kira merendah diri ke?

      Delete
    2. bolehhhh~kalau baca dari kaca mata saya.
      ps:*sebenarnya nak jawab. 'owh, KA nak spot-check sama ada ak tengok blog baru dia ke tak ek...'<--if that was the case. fyi, sebelum komen tu ak pi blog stanzaku dulu ok. ;)

      Delete
    3. hahahaha..woip! mane ade.. Eishh! Semenjak tak pakai blogger ni, most of the time usha2 blog melalui page y ade list tu je la.. hmm..

      Delete
    4. Eh eh..dah lain lah rumah dia ^.^y

      Delete
    5. :) wajah baru..pernah guna ni dulu. Suka sebab hijau warnanya. Singgah selalu ya...

      Delete

Thanks for reading.