Tuesday, July 8, 2014

2x5 oleh Areila Sahimi

Penulis: Areila Sahimi
Penerbit: Kaki Novel
Tahun: Cetakan pertama 2010.
Harga: RM19 (Diskaun RM10 kat PBAKL)
Website: starluvu.blogspot.com/
~Trivia 2x5 adalah karya ke-2 Areila, novel pertama Baju Pengantin Mak Andam.

7.7.2014
Menarik. Areila tak pernah bawa kisah yang terlalu berat untuk dihadam.

*Semasa baca buku ini, teman-teman saya menyebut2 nama penulis berulang-kali. Menyeru dengan makhraj yang betul. a-rela, r-iila sambil tayang-tayang gigi, tunggu waktu berbuka puasa. ;)
---
tak dak tenaga nak taip review.
~
Full Review: 8.7.2014
Syakirin dan Ahmad Zaim Hamidi berkahwin atas tiket keluarga. Persetujuan agar perkahwinan ini tidak berlaku dicapai bersama, pada saat akhir Kirin (Syakirin) berubah pandangan atas dasar ibu bapa.  Zaim pula terang-terang tak mahu tapi akhirnya bersetuju juga (tak dinyatakan kenapa).  Jadinya, perkahwinan mereka berlangsung begitu saja.

Selepas berkahwin, mereka sebumbung tapi kedua-duanya buat hal masing-masing. Kirin berusaha melakukan hal rumahtangga seperti seorang isteri seadanya tapi Zaim masih mengenang kekasih lama aka ex-tunang aka Sofea (Peah) yang lari pada majlis perkahwinannya 2 tahun lepas. 

Kisah mereka ditambah lagi dengan Kak Nab, jiran sebelah yang kepochi yang selalu menyakitkan hati Kirin dek rancangannya menjodohkan adiknya dengan Zaim tak menjadi. Satu  hari anaknya sakit dan Kak Nab minta tolong dari kedua pasangan muda ini. Sejak dari peristiwa itu hubungan mereka berdua bertambah baik. Kak Nab pula terhutang budi dan tidak bergosip lagi tentang mereka.

Saat bahagia hanya seketika. Sofea muncul semula dengan gelaran janda anak satu dalam hidup Zaim membawa kisah sedih dan tragik. Niatnya untuk membantu Sofea disalah anggap, malah perlakuannya yang mencurigakan juga boleh membuat mana-mana isteri makan hati sehingga kemuncak pertengkaran Zaim menampar Kirin dan keluar rumah. Apabila pulang barulah dia tahu yang Kirin tumpah darah dan keguguran.

Macam tragedi kan? Nope... at all. Kirin pulang semula ke rumah selepas dua minggu dan berpindah bilik. Zaim berusaha memenangi hati Kirin semula tapi bukan mudah. Dalam pada itu Kirin bertemu dengan Johan Razi aka bos Zaim secara tak sengaja. Johan Razi menumpangkan Kirin pulang ke rumah saat Zaim sibuk membantu Sofea yang kononnya sakit walhal sudah berjanji menjemput si isteri pagi itu.[macam tak serik-serik lagi, kan?]. Saat ini cemburu si suami pula mendominasi. Akan ada lagi pertengkaran yang membuat Syakirin nekad keluar dan meninggalkan Zaim. Soalnya dapatkah hubungan mereka pulih semula?

Zaim yang tak sensitif perasaan isteri.
Syakirin yang keras kepala.

Kisah pasangan 2x5 ini akan berterusan membuat anda terus menyelak sampai akhir. (macam kak GA pulak ai review...hahaha *wink2x*)

----

Komen:
Seperti biasa ini kisah kahwin paksa-rela lagi.  But then in 2009, this is the 'in-thing' ya'know... For that, saying this book a bit childish in 2014 is forgiven right? *kelip-kelip-mata* I'm sure all hardcore Malay novel lovers had already read this one too! So...i think this is ok. Banyak babak konflik major yang disudahkan dengan sambil lewa dan beberapa yang mengelirukan karakter watak2nya. Keguguran bukan perkara kecil ya, itu sepatutnya jadi zuriat pertama mereka, adoyai! Tapi, disebabkan itu juga tiada adegan menangis bagai. Ririn sangat positif dengan pelbagai tagline walaupun itu sangat cliche

ps: ada pulak selit Cu Adda yang cakap Jawa kat mak mertua Johan. kahkahkah...lawak2 ;)
Share:

2 comments:

  1. Oke..saya tak berapa minat kisah cinta rumahtangga macam ni.. Hmm.. Apa yang saya nak share kat GR tu nanti.. Kena dig up somo more ^.^

    By the way, ni best > http://haqmilik.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca la buku lain kalau tak minat. pilihan sendiri kot...igt kt gr takde buku puisi,sastera,motivasi, photography, graphic design etc...ps: kelelakian tak hilang bc novel cinta. :p

      Delete

Thanks for reading.