Monday, August 11, 2014

Plain Jane, AKN & Aku Keliru! karya Nurul Syahida


2008
2010
2014

Assalamulaikum,
Datang mood rajin tulis hari ini semalam. Btw, dah lama baca, tapi sebab banyak masa aku habiskan kt GR jadi kalau nak tengok review lain. Sila pergi profile GR aku. ;)

Plain Jane, Aku Kan Novelis dan Aku Keliru!  antara novel yang saling berkait tapi tak semestinya mesti dibaca mengikut turutan. Ketiga-tiga novel ini adalah antara cerita biasa yang unik.

Nurul Syahida bukan penulis cerita yang dramatik macam  yang selalu keluar drama tv tu. Bukan kisah kahwin paksa, orang kaya bercinta gadis miskin dsb. Ya, semua tentang orang biasa yang kadang-kala tak menarik pun untuk dikupas. Gayanya penulisannya sinis ringan, terutamanya Aku Kan Novelis& Aku Keliru!. Agak release tension jugak lepas baca dua buku ni. Paling terbaik ceritanya tetap cukup rencah walaupun tak ada aksi romantik melampau yang buat anda tersipu-sipu.

Plain Jane (2008), istilah inggeris untuk perempuan normal yang sangat biasa dan tiada keistimewaan. Kisah hidup di kolej. Nama heroin cerita ini Balkis, nama yang dieja dengan huruf 'k' yang selalu disalah anggap 'q'. Balkis budak 'plain Jane' di kolej yang selalu diperlekeh kumpulan popular diketuai Ana. Suatu hari masa buat assignment dia disalah anggap sebagai OKU oleh seorang jejaka sempurna ala putera raja (Zaniel). Kaya, kacak dan berbudi bahasa.

 Dari situ bermula titik perubahan hidup Balkis dari plain Jane kepada seseorang yang dikagumi dan popular. Sesuatu yang terasa seperti kisah sitcom Disney. Sayangnya, disebabkan konon cinta Balkis berubah jadi orang lain. Menjadi 'mereka' yang dia pernah kutuk dulu. Boleh kata Balkis ini berubah jadi 'backpfeifengesicht' bak kata orang German. 

 Sehingga satu hari dia dapat kesedaran apa yang dibuatnya itu tak betul dan dia patut jadi diri sendiri instead of berubah jadi orang lain. Oh, ini spoiler eh...lassssst sekali Balkis akan berbaik-baik dengan Apis Milo. Hero yang tak macam hero, sebab kemunculan Apis Milo macam cameo je dalam buku ni. Haaa~ siapa gerangan si Apis Milo?? Itu kena baca. ;)

Aku kan Novelis pula cerita pasal Safiah si novelis popular sepenuh masa. Walaupun menulis tentang cinta, dia tak pernah bercinta pun. Tapi kebolehan dia menyelesaikan masalah cinta kawan-kawannya memang superb. 'Yelah, aku kan novelis' -katanya.

Kebolehan dia menyelesaikan masalah dengan teori dan kata-kata bijaksana sampai jadi telangkai dua kawan baiknya. 

Habis madu, sepah dibuang. Disebabkan dua kawan baiknya sibuk bercinta, dia yang selalu jadi tempat meluahkan perasaan pun diketepikan. Untuk memenuhi masa lapang Safiah yang 'menganggur' dan agar dia tak kecil hati. Mereka berdua memadankan Safiah dengan Roul (bukan nama sebenar) aka makhluk middle earth (Uruk Hai) berambut merah dan bermata sebelah merah (bukan mat gian tapi sebab pakai contact lens).

Roul ini macam 'masalah' yang si novelis perlu selesaikan. Bukankah Safiah ini bijak menyelesaikan masalah? Tapi....bilamana Roul tertarik pada Safiah yang terang-terang cakap, 'aku tak suka kau!' Hidup Safiah jadi tak tentu arah. 

Apa yang paling aku suka, ayat-ayat 'genius' dengan perumpamaan yang bijak tapi pelik yang Safiah tuturkan pada kawan-kawannya. Safiah& Roul ini pelik. Jadi sebab aku mudah tertarik pada menda-menda pelik ni semua, aku jadi terlalu sayang pada watak-watak dalam novel ini.

Selepas baca novel ini juga aku mulai baca puisi-puisi Jalaluddin Rumi. Hebat tak penangannya??

Yang terakhir, Aku keliru!  ini kisah sambungan Safiah& Roul dari Aku Kan Novelis. Sebagai peminat baru Nurul Syahida. Aku rasa novel ini mampu bergerak sebagai stand-alone walaupun korang tak baca Aku Kan Novelis pun. (Penulis sedaya-upaya tulis supaya pembaca baru tak rasa ketinggalan dengan kisah Safiah dan Roul). Disini Roul sudah bertukar dari rambut panjang merah dread lock kepada rambut pendek disebabkan kes kena hentak dengan botol sebelum ini. JADI, gambaran mamat dread lock pada cover itu hanya hiasan semata-mata.

Terasa ini adalah hadiah dari penulis untuk peminat-peminat Roul semua. Nurul Syahida agak 'personal' bila tulis pasal hero-hero utama novelnya. Hero jarang diberi penekanan serius, seolah-olah ia hak milik eksklusif penulis. Mereka hanya muncul pada seketika dan muncul bila perlu.

Dalam AK! watak Roul dikembangkan dan diberi latar belakang yang lebih. Pencirian wataknya yang digambarkan terlalu 'eccentric' dan berjiwa halus (dan degil!) sebelum ini berubah pada penghujung cerita. Roul pula semakin berjaya dari seorang pelukis jalanan freelance dan berubah menjadi pelukis berwawasan yang bina koleksi lukisan dan galeri sendiri.


Roul meminta Safiah memperkenalkan dirinya kepada keluarga Safiah. Namun penerimaan keluarga Safiah menjadi kebimbangan besar kerana perwatakan Roul yang bukan ciri 'calon menantu pilihan'.

Pada masa yang sama Safiah berdepan dengan masalah kawan baik yang akan berkahwin dan teman serumah yang mempunyai dilema buli di tempat kerja. Lebih menarik, watak Zaniel dari Plain Jane muncul semula dan menjadi salah satu antagonis-->bertukar menjadi saviour Safiah.
 ~

Oh! Nurul Syahida dah menjadi penulis kegemaran sekarang. Penulisannya semakin baik dan mantap. Aku harapkan lebih banyak karya yang best dan kelakar (dengan jenaka genius) dari beliau pada masa depan.

She's like true gems polished over the years. 
 Good luck!
 
Roul, you are the only man in the world. (gitewww!)

 Don't worry, be happy!
Share:

2 comments:

  1. eh tenkiu so much for the very encouraging reviews.

    Ai is sharing on my is Fesbuk, ohkeh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. |(*0*)| ~ Sama2. & thanks for the hardwork. It was reaaaaally~~~fun.
      Ok. Sharing is caring. <--*aytcliche*.hihi

      Delete

Thanks for reading.