Wednesday, November 12, 2014

Review: Soalan Maut untuk Ustaz

Penulis: Ahmad Fedtri Yahya; Shahrizan Daud At-Turabi.
Penerbit: PTS Millenia.
ISBN: 978-967-411-234-9
Harga: RM15 (beli online RM13.50)

Ulasan:
 Sedang bersenang-senang duduk dalam kedai buku orang, aku ambil buku ini dan habiskannya dalam sekali duduk. Buku yang ringkas dan mudah untuk aku fahami. Mestilah sebab tertarik pada personaliti dua orang yang ada pada kulit buku. Tertanya-tanya apa dia SOALAN MAUT itu? Soalan di alam barzarkh-kah atau yang lain.

Ternyata kesilapan besar kerana aku hanya mentafsir dari tajuknya saja. Sebagai seorang wartawan saudara Fedtri mengemukakan soalan-soalan cliche dengan jawapan mewah artis/ masyarakat kita. Terduduk bila baca huraian ustaz Shahrizan tentang persoalan tanggapan muslimin& muslimat seperti yang selalu kita baca di media hiburan. Kadangkala terkena batang hidung jugalah...sebab hampir kebanyakan perkara yang diutarakan dalam isinya adalah isu remeh yang kita pandang sebelah mata saja sebelum ni.

Kebiasaan (adat) dan syariat. Seringkali kita ketemu soalan-soalan tentang kehidupan seharian masyarakat dengan jawapan yang sememangnya salah tentang tanggapan mereka terhadap pemahaman agama. Orang kita malah mungkin seluruh umat Islam sendiri seringkali sambil lewa bila menjawab persoalan ini. Benda biasa memang sukar nak diubah kalau tak ada pemahaman. 

Contoh soalan (tak serupa tapi mesejnya sama): 
1.Hendak pakai tudung kena tunggu hati ikhlas dulu. Buat apa pakai tudung (baca: tutup aurat) kalau perangai macam syaitoonnn~kan? 
Me: Betullah pakai tudung kena ikhlas kerana Allah SWT. Tapi menutup aurat itu wajib macam solat lima waktu, tak buat berdosa. Peribadi manusia kan berbeza-beza, jadi wajarlah ada insan yang berperangai tak senonoh disebalik tudung litup. Adakah kerana itu kita jadi tak patuh pada perintah Allah dan berkompromi untuk menutup aurat? 

2. Kisah seorang hamba Allah yang diuji dengan musibah. Selalu kita akan kaitkan si fulan yang terkena musibah dengan dosanya. Sedangkan kita tak pernah kenal siapa si fulan ini dan bagaimana berat kantung timbang sebelah kirinya atau kanan. 

Me: Mudahnya kita cakap, 'Itulah Ali tu dulu kerja jadi pegawai kerajaan mesti rumahnya itu ada dari hasil rasuah etc. Sebab itulah terbakar hangus'

Manalah tahu sebenarnya Ali itu seorang yang amanah sewaktu kerjanya dan Allah sebenarnya menguji beliau dengan harta bendanya (rumah terbakar) untuk tingkatkan martabat Ali disisi-Nya. Sia-sia saja kita memfitnah orang kita tak kenal sebab musibah dia hadapi.

Betullah...soalannya pedas-pedas belaka.tapi biarlah pedas dahulu supaya tak panas di akhirat nanti, ye dak? 

Satu teguran buat pedoman. Syabas. :))

tbc.

xoxo

Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks for reading.