Friday, January 3, 2020

The Final Day Year 2019

Sudah 2020, tapi kereta terbang tak ada lagi. Joke tahun ini. Tahun ini genap lima tahun aku berhenti kerja sebagai librarian. Omg, am i still talking about this? Seriously, Sol. Stop living in the past. Hence that was I always said. Yeah, life been great. Honestly, my language (BM) has been better. Now I know the difference between "dari" and "daripada". Even using the proper punctuation. 

I've got more sense of money and relationship. Family come first. I even got 3 years in a row, well not whole year but I manage to save money to travel to four countries. That being said, includes six months being homeless in 2018, living in office, sleeping in car and yada yada. Though I manage to rent a house just before ramadan because that's just too sad. Eating alone.

Sebenarnya saya nak tulis dalam bahasa, dari mana datangnya bahasa asing di atas pun tak tahu. Mungkin sebab kepala otak ni berfikir dalam bahasa Inggeris. Saya merindui kawan baik saya. Masih ingat kawan sekolah saya, Jah? Dia dah tiada. Malam ini, tiba-tiba saya teringatkan dia. Saya jahat, dia baik. Dan orang baik selalu Tuhan ambil dahulu.

Kalau dia masih ada, kami mungkin akan makan malam tahun baru bersama. Sambil saya meluahkan masalah kerja di syarikat yang tak memberikan bonus tahun ini. Dengan segala penat lelah, jerih payah bersengkang mata menyiapkan beratus-ratus item setahun, akhirnya diberikan berita bonus yilek. Tapi jangan risau, anda boleh bekerja dari rumah seminggu akhir. Luangkan masa bersama keluarga. "Tapi jangan lupa kerja." Tapi jangan risau, saya masih makan tahun baru bersama kawan lain. Cumanya soul itu kurang. 

Funny thing. Tiga bulan, sprint reading demi mencukupkan kuota membaca tahun ini, saya banyak membaca buku tentang kahwin. Maybe, I secretly wants to know, How Do People Get Together. Serius. Tak adalah susah mana. Fiksyen and realiti sangat berbeda. Ms. Beribiru, now Mrs. sudah pun jadi ibu. Hud namanya. That boy, sooooo seriously cute.

Adik saya, another Sol sudah tinggal bersama umi. Saya nak balik kampung dan buat kerja di rumah saja, tapi selepas fikir semula. Tak mungkin saya boleh tinggal lama dalam suasana kampung lagi. Saya bukan party girl, jauh sekali suka akan suasana hiruk-pikuk kota raya. Bahkan, saya bertukar syif malam sebab saya suka tenang. Saya cuma sukakan kemudahan, access to everything I need just on my fingetips, gitu... Di kampung misalnya, saya perlu memandu ke Teluk Intan untuk beli Domino's/ McD, itu memerlukan dua jam masa pergi dan balik. Belum kira lagi duit minyak kereta dan kelaparan semasa pergi dan balik. Sedangkan dua jam itu saya boleh guna untuk baca sebuah buku! I rest my case.

Dulu, saya rasa memandu adalah perkara paling membuang masa. Anda perlu fokus semasa memandu. Tak boleh membaca, sakit badan. Kenapalah saya beli kereta dan perlu memandu? Tapi itu lebih baik daripada menaiki motor. Sekurang-kurangnya saya boleh melayan audiobook atau menonton drama masa memandu (jangan tiru aksi no. 2). Setakat ni, masih selamat. 

Itu saja untuk kali ini. 

Harapan tahun 2020. Saya akan menulis lebih banyak entri. Mungkin review atau sekadar carutan. Selepas terdiam 2-3 tahun, mungkin sudah tiada orang datang ke blog ini. Saya tak perlu mengagumkan sesiapa. Mungkin saya masih baru dalam mencarut semasa menulis, tapi saya boleh cuba. :) Oh no. I can't.


2019, thanks anyway.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Thanks for reading.